Saturday, May 13, 2017

Undi Penyokong UMNO Tidak Dikirakah?,Asyik Seru Ahli Sahaja Setia Pada Pemimpin

Johari Seman     6:18:00 PM    


PESANAN para pemimpin UMNO agar anggota parti terus taat setia kepada pemimpin menimbulkan rasa kecil hati kepada penyokong yang tidak mendaftar untuk menjadi mana-mana ahli parti.Sedangkan mereka juga tetap setia menyokong pemimpin dan memberi undi kepada calon parti keramat orang Melayu.

Hal ini diluahkan beberapa rakan penulis ketika berbual sambil minum petang dengan mereka pada Sabtu lalu di Shah Alam.

Kata mereka,Sepatutnya pemimpin UMNO menggunakan ungkapan lebih luas tidak terhad kepada ahli sahaja,apa salahnya sekiranya pemimpin mengatakan agar ahli UMNO dan penyokong terus taat setia kepada pemimpin.

Ini kerana undi para penyokong yang tidak menjadi ahli kepada mana-mana parti kepada calon parti keramat orang Melayu ketika pilihan raya diadakan juga dikira.

Dalam perbualan panjang itu,pemimpin UMNO peringkat persekutuan,negeri,bahagian,cawangan sepatutnya tidak lagi berada dalam politik jumud memandangkan era politik kini sudah lama berubah,tambah mereka.

Penulis sangat bersetuju dengan pandangan mereka,kerana dengan jumlah ahli UMNO tidak sampai sepuluh juta mustahil ramai dari UMNO akan boleh berucap di Parlimen dan Dewan Negeri.

Dalam perbualan itu juga rakan-rakan penulis ada menyentuh,'ada beberapa kerusi parlimen dan Dun yang bilangan ahli UMNO lebih ramai daripada ahli parti lain,tetapi calon Barisan Nasional dari UMNO boleh kalah dengan majoriti begitu besar,kata mereka.

Mangambil pendapat rakan-rakan penulis,penulis rasa ramai bukan ahli yang menyokong UMNO bersetuju sekiranya pengunaan kata-kata tidak terhad kepada ahli sahaja untuk seruan bagi tujuan melimpahkan taat setia kepada pemimpin digunakan malah ia lebih terbuka dan dipandang manis.

Penulis terasa sangat pedas apabila sindiran yang dilontarkan salah seorang dari mereka sangat terkesan,tak tahulah pula pemimpin UMNO boleh buat tak tahu setelah merasa nikmat kehidupan berbeza dengan bukan ahli.

Sindirannya,Takkan harap ahli sahaja setia kepada pemimpin,undi penyokong UMNO bukan ahli tidak dikira ke?sedangkan aku bukan ahli pun undi BN...

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .