Siapa Pemimpin UMNO Shah Alam Layak Jadi Calon? - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Thursday, July 13, 2017

Siapa Pemimpin UMNO Shah Alam Layak Jadi Calon?

Parti Amanah Negara (PAN) yakin memenangni kerusi Parlimen Shah Alam,Kota Raja,Sepang pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
Keyakinan untuk mempertahan kerusi Shah Alam seperti yang diperkatakan awam berdasarkan sokongan orang muda kepada parti itu sejak akhir-akhir ini.

Di Shah Alam kewibawaan Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen diyakini sukar digugat mana-mana calon terutamanya dari Barisan Nasional.
PAS Shah Alam sejak akhir-akhir ini kelihatan tidak bermaya berbanding Barisan Nasional yang diyakini akan mencalonkan calon muda iaitu Ketua Pemuda Umno Bahagian yang dikenali dengan pangilan Muadzan.

Muadzan dikatakan merupakan bakal calon Parlimen dari UMNO yang sukar digugat atau sukar untuk tidak dipilih sebagai calon pada PRU ke-14 berdasarkan kewibaan dan penerimaan pelbagai lapisan masyarakat khasnya Melayu dan India.

Banyak suara dikalangan masyarakat setempat lebih bersetuju Ketua Pemuda Umno Bahagian Shah Alam dipilih untuk dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional untuk menentang calon AMANAH(PAN) Khalid Samad.

Namun begitu masyarakat tidak dapat memberi kepastian sama ada Muadzan akan dipilih sebagai calon Dun atau Parlimen.
Ciri-ciri layak Ketua Pemuda Umno Bahagian Shah Alam yang dibualkan masyarakat setempat..

1-Mempunyai sikap merendah diri dan suka menerima pendapat orang lain disamping disukai oleh anak-anak muda.

2-Ciri-ciri kepimpinan yang ada pada Ketua Pemuda Umno Bahagian Shah Alam -:

a-Menunaikan hajat orang lain semampu boleh dengan kadar kemampuan

b-Kemeseran beliau dengan masyarakat berbilang kaum boleh dilihat setiap masa,setiap tempat dimana dia berada.

c-Penampilan diri sesuai dengan awam juga turut dilihat sebagai satu ciri yang membolehkan beliau dipilih sebagai calon Parlimen Shah Alam.

d-Kebanyakan dikalangan orang muda dari kalangan ahli Umno Shah Alam lebih menyukai Muadzan dari pada bakal calon-calon lain.

Apa yang diperkatakan disini semuanya berdasarkan pendapat ramai masyarakat Shah Alam sendiri.
Kiranya benar seperti yang di uwar-uwarkan oleh masyarakat Shah Alam,bahawa Ketua Pemuda Umno Bahagaian lebih sesuai lawan calon AMANAH(PAN),adakah pemimpin Umno Bahagian yang berjawatan seperti Ketua Bahagian sterusnya naib tidak rasa gelisah,atau simpan bara dalam sekam.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Siapa Pemimpin UMNO Shah Alam Layak Jadi Calon? Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman