Friday, August 4, 2017

Dakwaan Mahathir:Zahid Patut Bawa Ke Mahkamah

Musang Maya (Nur Shila)     10:42:00 AM    

Dakwaan Mahathir kononya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah memohon sokongan bagi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan susulan melalui perundangan kerana memberi kesan moraliti taat setia.

Dengan adanya dakwaan dari Mahathir kesangsian terhadap Zahid sedikit sebanyak mula berdetik dikalangan ahli UMNO.

Hairan,kenapa Zahid membisu seribu bahasa tanpa memikirkan untuk berbuat sesuatu kerana ahli UMNO kini mula membasah lidah dengan ungkapan yang agak luar biasa berkaitan kesetiaan Zahid kepada Najib.

Walaupun Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa memberi jawapan,kononyan dakwaan ini sama seperti dakwaan pengerusi Pakatan Harapan itu kononnya RM42 bilion wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hilang atau lesap, semata-mata mahu mengapi-apikan dan membangkitkan kemarahan ahli UMNO.

Mustahil tiada anggota parti tidak terperangkap dengan dakwaan Mahathir kerana dalam politik musuh sentiasa ada malah lebih cepat jadi agen penyebar atau penghasut.

Kita boleh kata,Mahathir terlalu mudah membohongi rakyat,tetapi ramai dikalangan rakyat mencari-cari jawapan tuntas mengapa dan kenapa Mahathir membuat dakwaan itu,apakah ia benar atau sekadar menjadi batu api disebabkan kebencian terhadap Najib membuak-buak?.

Dalam soal ini,Zahid wajib melakukan pembersihan terhadap dakwaan itu,manakala Mahathir patut membuktikan dakwaan yang beliau buat adalah benar.

Kata Mahathir,“Apabila saya tanya dari mana ia perolehi 230 juta Ringgit yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas. Jikalau ia boleh ingat, jelaslah dari mana ia perolehi wang yang begitu banyak".





Kenyataan Mahathir yang di petik dari video diatas,''Ya,pada masa itu dia bagi laporan  mulut kepada saya,saya tak ambil beratlah pasal pekara itu,dia bagi penerangan kononya hasil perniagaan.Walaupun saya was-was saya tidak ada bukti pada ketika itu,sekarang ini patut dia jawablah daripada mana dia dapat wang sebegitu banyak,banyak peniaga-peniaga pun tiada duit sebanyak tu.Saya tak pernah tengok duit macam tu".

Mahathir sepatutnya minta penjelasan dari Zahid secara dokumen pada masa itu,kerana dia berkuasa berbuat demikian kerana Mahathir ketua kerajaan selama 22 tahun dan Zahid Ketua Pemuda UMNO semasa Mahathir.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .