Friday, August 18, 2017

Tak Undi BN Kalau Orang Diminati Tak Terpilih Jadi Calon

Musang Maya (Nur Shila)     2:45:00 PM    

Satu perangai pelik dikalangan ahli UMNO atau pengikut setia sebahagian pemimpin dalam bahagian adalah suka sabotaj parti sekali gus tidak memberi undi pada Barisan Nasional.

Pekara ini banyak diperkatakan sejak akhir-akhir ini dan menimbulkan keresahan kepada banyak pihak terutamanya pemimpin UMNO/Barisan Nasional bahagian dan negeri.

Hal ini patut diatasi dengan penerangan sejelas-jelasnya oleh ketua penerangan negeri dan bahagian bagi merungkai segala ketidakpusan hati sebahagian orang-orang UMNO yang berjuang kerana individu.Tidak tahulah,'sama ada mereka dihasut oleh orang yang disokong atau sebaliknya.

Ramai berpandangan,setiap kawasan pilihan raya ahli UMNO/Barisan Nasional mendahului bilangan ahli parti lain.

Jika pilihan raya umum ke12 (PRU Ke-12 dan 13 kekalahan calon Barisan Nasional ditangan pembangkang kebanyakannya disebabkan gabungan parti pembangkang dan sedikit penolakan terhadap calon Barisan Nasional.

PRU Ke-14 sikit berbeza,apabila PAS yang juga merupakan parti kedua ramai Melayu akan bertanding sendirian tanpa menyertai Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ahlinya 75,000 orang tidak mungkin dapat mencabar PAS.Manakala Parti Amanah Negara (PAN) yang memiliki ahli serama seratus ribu juga dilihat bukanlah sebuah parti yang dapat mencabar PAS dan Barisan Nasional.

Bedasarkan ahli keseluruhan parti pembangkang ia masih lagi tidak dapat atasi ahli Barisan Nasional,sehingga kini ahli Barisan Nasional dalam bahagian belum dapat diatasi pembangkang dan tidak sepatutnya Barisan Nasional kalah pada PRU Ke-14 sedangkan PAS bukan bersama Pakatan Harapan.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .