UMNO Masih Gagal Untuk Merampas Selangor - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Wednesday, August 2, 2017

UMNO Masih Gagal Untuk Merampas Selangor

Alamanda Putrajaya 18:36 PM
Jangan biarkan Selangor jadi Kelantan,itulah kata-kata orang UMNO yang mahu negeri yang diperintah pakatan cacamarba,separuh lagi PAS,separuh lagi PKR dan DAP,manakala PAN pula ibarat bulu hidung tersesat masuk dalam hirupan Azmin Ali.

Sejak akhir-akhir ini UMNO negeri telah berusaha hempas pulas bagi mengembalikan semangat juang para jentera.namun jentera paling popular adalah puteri selfi dan wanita selfi,pemuda dan juga anggota tua UMNO dalam bahagian masih lagi sibuk ketawa besar seolah-olah UMNO yang memerintah Selangor.

Noh Omar sebagai menteri UMNO di Selangor rasanya lebih arif dengan perangai anak buah yang berlagak hebat tetapi naif dengan kemahuan transformasi, sedangkan politik alaf kini bukan lagi setakat bijak berkata-kata di kedai kopi.

Politik kini harus bisa menguasai media,dengan media sosial semua boleh dilakukan terutamanya menjawab isu-isu semasa yang disebar musuh UMNO,namun sayang itu semua tidak berlaku,sebaliknya sibuk memuat naik gambar-gambar pemimpin bahagian dimedia sosial terutamanya Facebook,begitu juga wanita,pemuda,puteri.

Terkini,kedudukan Selangor masih lagi selamat walaupun usaha keras dari UMNO sedang dipergiatkan.



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: UMNO Masih Gagal Untuk Merampas Selangor Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)