PAS,PKR Tetap Menang Di Shah Alam - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Sunday, December 24, 2017

PAS,PKR Tetap Menang Di Shah Alam

SEDIH-Baru-baru ini aku ke Shah Alam kerana menyelesaikan satu tugas yang diamanahkan oleh majikan,aku singgah sekejap sekedar minum teh tarik di sebuah kedai mamak di Seksyen 19 Shah Alam.

Aku nampak dengan jelas golongan pemimpin UMNO bahagian sedap berhilai tawa,mungkin mereka ini tak sedar diperhatikan banyak mata dan banyak telinga mendengarnya.

Aku pikir golongan ini manusia yang baru mendapat segunung emas dari langit sebab itu berbicaranya seolah-olah mereka sahaja ada dalam kedai itu,apa pun itulah golongan UMNO selepas kekalahan Datuk Nawi dalam pemilihan UMNO lalu.

Patutlah,Ramai kata kerusi Shah Alam patut kalah sekali lagi,pada awalnya aku tak peduli dengan apa orang cakap,kerana aku sendiri tidak pernah menghampiri atau melihat gelagat mereka.

Sejak aku lihat sendiri,aku rasa memangpun patut kalah sekali lagi atau akan terus kalah selagi golongan semasa Azhari Saari jadi ketua UMNO bahagian.

Mereka ini nampaknya seolah-olah orang lain tak ada mata,tidak memandang apa perilaku semasa di kedai kopi.sedarlah orang meluat dan benci sikap ego dengan suara tinggi,orang Melayu kata,'cakap besar.

Pada waktu petang,aku singgah makan di seksyen 23 Shah Alam dan secara tidak sengaja terjumpa dengan rakan lama yang dulunya begitu aktif dalam politik iaitu semasa Datuk Nawi jadi ketua bahagian.

Aku kenal rakan aku ni kira-kira 15 tahun dahulu,dia bukan sekedar pacak bendera dimusim pilihan raya tetapi semua benda dia buat untuk UMNO.tapi sayang kini dia macam kecewa sangat dengan golongan baru dalam bahagian UMNO Shah Alam.

Apabila di tanya ,dia jawab undi ditangan aku dan aku ada 2 undi untuk memenangkan atau untuk mengalahkan UMNO-BN Shah Alam.

Aku faham sangat maksudnya,lagi pun yang selalu mengalahkan UMNO adalah orang UMNO sendiri.kalau harap orang PAS,PKR,mustahil dapat mengalahkan UMNO bukan sahaja dari segi kekuatan jentera malah ahli pun dua parti itu tak dadapat kalahkan UMNO.

Cakap-cakap serupa sering kedengaran di meja-meja makan sekitar Shah Alam.nampaknya UMNO jelas akan tumbang sekali lagi di Shah Alam.Bukan UMNO tak bagus tapi calon-calon BN di kerusi Shah Alam kurang mesra Alam,kalau ada pun hanya tegur-tegur dekat mengundi sahaja,itulah orang kata,malah ramai yang kata begitu.

Kalau macam nilah maklumat sering aku teriman,adalah lebih baik kekalkan kerusi Shah Alam kepada PAS dan PKR sahaja.kerana pemimpin UMNO tak berubah...




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: PAS,PKR Tetap Menang Di Shah Alam Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)