Friday, February 2, 2018

Harapkan PAS Untuk Tubuh Kerajaan di Selangor Tanda UMNO Lemah

Johari Seman     9:56:00 PM    

Pemimipin UMNO sedang membukukan sejarah kebodohan orang-orangnya setelah kejayaan memomokan kerjasama dengan PAS membolehkan kerajaan Selangor yang dibentuk atas dasar perkongsian kuasa antara PAS, PKR, DAP 11 April 2008 akan tumbang pada PRU-14.

Keyakinan bertambah dipihak UMNO setelah berkuburnya Pakatan Rakyat yang di asas pada 11 April 2008 berpunca perbalahan PAS dan DAP, manakala UMNO di heret sebagai punca keretakan hubungan kedua-dua parti itu hingga berkuburnya sebuah pakatan dirajai DAP.

PAS sebelum ini telah begitu toleran sehingga menggugurkan istilah 'Negara Islam' dalam manifestonya demi menjayakan persefahaman antara parti dalam Pakatan Rakyat terutamanya dengan DAP.

Pergeseran dalam Pakatan Rakyat terbukti memberi kesan besar kepada DAP apabila hilang lima kerusi majoriti Cina pada PRN ke-11 Sarawak yang berlaku pada Mei 2016.

Sejak itu perhatian kepimpinan UMNO kepada PAS semakin menjadi-jadi seolah-olah satu harapan baharu telah muncul dipersada politik yang bercampur baur dengan hasutan media sosial.

Di tanjakkan persimpangan politik antara kuat dan lemahnya UMNO kerana parti-parti lain dalam Barisan Nasional semakin tidak mendapat keprecayaan kaum di semenanjung, suara kedai kopi mula berkumandang dengan satu keyakinan baharu, UMNO akan bergabung membentuk kerajaan persekutuan atau negeri sekiranya ditolak pengundi pada PRU-14 akan datang.

Sahut menyahut itu seolah-olah diterima pucuk kepimpinan UMNO terutamanya di negeri-negeri yang diperintah pembangkang seperti Kelantan dan Selangor. Diikuti negeri-negeri yang semakin samar untuk BN mempertahankan kuasanya pada PRU-14.
Terengganu, Kedah, Johor, Perak tersenarai dalam kuasa lemah BN pada PRU kali ini, PRU yang paling sengit dalam sejarah politik tanah air.

Harapan untuk bergabung dengan PAS sama ada sedar secara lahiriah atau sudah tahu akan berkuburnya BN sudah diketahui melalui penyelidikan tertentu juga satu bayangan, sebenarnya BN sedang mengalami anjakkan tahap terburuk.

Dan sebab itulah UMNO tonggak BN berhempas pulas menabur bakti di Kelantan negeri di perintah PAS sejak 7 tahun lalu dengan niat yang tersembunyi dan tujuan semakin terzahir.

Takut kehilangan semenanjung juga semakin terpapar diraut wajah pemimpin UMNO sejak Pakatan Harapan ditubuhkan.

Di Selangor usaha merampas agar BN dapat bertahta kembali bermula pada PRU-13 namun kecundang walaupun persekutuan melabur sebanyak 5 bilion ringgit .

Kini di pundak Perhubungan UMNO Negeri terletak satu beban berat kerana sedar walaupun kutipan tol Sungai Rasau dan Batu Tiga telah dimansuhkan, sokongan terhadap UMNO belum berubah seperti yang diharapkan.

Dengan sebab itu juga, harapan kepada PAS untuk membentuk kerajaan baharu di Selangor semakin menembal kerana UMNO tunggak BN semakin lemah walaupun pengundi Melayu merupakan kelompok terbesar.

PROFESOR MEDIA SOSIAL ALAF BAHARU
Pengkaji politik melalui perbualan rakyat Malaysia dengan cara semuka dan pembacaan di laman sosial

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .