Beku Peruntukan Pada PAS Azmi Ego - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Tuesday, March 20, 2018

Beku Peruntukan Pada PAS Azmi Ego

”Dia (PAS Selangor) mengadu pada Allah dengan bersolat hajat, mengadu kepada Sultan Selangor, tetapi dia tak mengadu dengan saya,” katanya kepada pemberita di Shah Alam, pada Isnin.

Walaupun Ahli PAS Selangor telah memaklumkan secara rasmi kepada Istana Selangor berhubung pembekuan peruntukan kepada wakil rakyat parti itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus bersikap ego dalam isu tersebut.

Azmin juga seolah-olah tidak berminat untuk menyelesaikannya apabila menyalahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS sebagai punca kemelut itu.

“Dia (PAS Selangor) mengadu pada Allah dengan bersolat hajat, mengadu kepada Sultan Selangor, tetapi dia tak mengadu dengan saya,” kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.

Beliau merasakan dirinya tidak dimaklumkan tentang permasalahan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS dan parti itu hanya mengadu pada Allah dan Sultan sahaja.

Azmin ditemui wartawan selepas Himpunan Kakitangan Selangor di Shah Alam pada pagi Isnin.

Bagaimanapun alasan Azmin itu bercanggah dengan kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi pada 12 Mac lalu yang memberitahu bahawa parti itu telah pun beberapa kali memaklumkan kepada Menteri Besar mengenai isu peruntukan tahunan berkenaan.

Sabtu lalu, ketika Himpunan PAS Selangor, Sallehen mendoakan Kerajaan Selangor tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana berlaku zalim kepada ADUN PAS.

Walaupun tahun 2018 hampir memasuki April, semua 13 ADUN PAS Selangor masih belum menerima peruntukan tahunan berjumlah RM800,000.

Berikutan itu, pada Isnin lalu, PAS Selangor mengemukakan surat rasmi kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung tindakan Azmin menyekat peruntukan tahunan tersebut.-Watan
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Beku Peruntukan Pada PAS Azmi Ego Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)