Elak guna kekerasan dalam PRU-14 - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Tuesday, March 20, 2018

Elak guna kekerasan dalam PRU-14

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan anggota dan pegawai polis supaya mengelak daripada menggunakan tindakan kekerasan sepanjang bertugas pada musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata tindakan kekerasan adalah pilihan terakhir jika keadaan amat memaksa.

Sehubungan itu, beliau berharap PRU-14 akan menjadi pilihan raya yang paling aman dalam sejarah negara.

"Sepanjang bertugas untuk hadapi PRU-14, saya mengarahkan semua petugas jangan lakukan kekerasan.. jangan lakukan provokasi.

"Polis harus mengadakan hubungan erat dengan individu dari semua parti termasuk pembangkang. Jangan terlepas pandang dalam menentukan pilihan raya berjalan lancar dan aman. Ia mesti menjadi keutamaan kita.

"Saya mahu dalam operasi, elak menggunakan walaupun sebutir gas pemedih mata. Jangan tembak meriam air sekali pun kecuali keadaan memaksa.

"Kalau boleh saya hendak lihat PRU-14 paling aman dalam sejarah," katanya dalam Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM Cheras, hari ini.

Ahmad Zahid turut mengarahkan 50 peratus daripada jumlah elaun untuk semua anggota dan pegawai PDRM yang bertugas pada PRU-14 dibayar lebih awal sebelum mereka keluar bertugas di lokasi ditetapkan.

"Bakinya saya minta agar dibayar dalam tempoh 30 hari selepas tamat berkhidmat atau sebaik saja PRU-14 berakhir. Mungkin (Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri) Datuk Seri Alwi Ibrahim boleh usahakan (mempercepat bayaran)," katanya.

Terdahulu, beliau gembira tahap kesiapsiagaan PDRM untuk menghadapi PRU-14 berada pada tahap 100 peratus.

"Ini penting kerana rakyat mahu dengan melihat (kesiapsiagaan PDRM) mereka dapat menterjemah makna demokrasi dengan penuh keamanan, keharmonian dan selesa bagi menentukan kesinambungan (mandat) kerajaan," katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Elak guna kekerasan dalam PRU-14 Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)