Hansard Parlimen 1986, Kit Siang dakwa pemimpin UMNO jahat - SELANGOR POST

UTAMA

VIDEO

POLITIK

HIBURAN

BERITA SEMASA

PENA PENGARANG

JENAYAH

SUKAN

» » Hansard Parlimen 1986, Kit Siang dakwa pemimpin UMNO jahat


BILA Lim Kit Siang kata beliau telah 40 tahun menjadi mangsa ‘berita palsu’, ramai tersenyum, tak mampu nak tumpang sedih.

Dalam status Twitter miliknya Sabtu lalu, Penasihat DAP itu mengaitkan beliau mangsa kerana dimomok pemimpin UMNO kononnya anti-Melayu.


Tapi bak kata pepatah Melayu, telunjuk lurus kelingking berkait. Bagi UMNO, selama 40 tahun jugalah menjadi mangsa ‘berita palsu’ Kit Siang.

Hansard di Dewan Rakyat sudah cukup, ada sahaja peluang berucap, Kit Siang yang bakal bertanding buat kali ke-12 dalam pilihan raya umum (PRU) pada PRU-14 ini akan membuat tohmahan kepada kerajaan kepemimpinan UMNO.

Apa yang Kit Siang tidak tuduh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN). Malah, hansard Dewan Rakyat bertarikh Isnin, 24 November, 1986, Kit Siang direkodkan berkata:

“Saya kata pemimpin-pemimpin UMNO itu jahat!,” sumber http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-24111986.pdf

Jika dikenang balik kata-kata Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen Tanjong ketika itu, seolah-olah Malaysia tak akan mampu berada pada kedudukan sekarang. Ialah, orang jahat perintah Malaysia, mesti jadi negara gagal.

Banyak lagi, tak percaya, boleh tanya Tun Dr. Mahathir Mohamad teman rapat beliau kini. Apa Kit Siang tak kata sewaktu beliau jadi Perdana Menteri.

Skandal BMF, skandal mata wang asing, rasuah, pemecatan hakim dan banyak lagi. Dr. Mahathir pastinya bukan mudah lupa.

Malah pada 24 November 1986, di Dewan Rakyat berbangkit usul potong gaji RM10 menteri kerana skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Peliknya, apabila ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) skandal forex, tidak pula Kit Siang mahu menerima realiti di depannya.

Eloklah Kit Siang dan Dr. Mahathir sama-sama elakkan buat ‘berita palsu’ dalam ceramah kempen PRU-14 nanti.

Bukan apa, dah letih dengar ‘berita palsu’ Malaysia bakal bankrap jika terus dipimpin BN dan UMNO setiap kali menjelang pilihan raya umum. -UTUSAN ONLINE


«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,