Wednesday, March 21, 2018

MB Azmin Sepatutnya Debat Dengan Noh Omar

Musang Maya (Nur Shila)     5:21:00 PM    

KUALA LUMPUR 21 Mac - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diingatkan tidak lari dari masalah sebaliknya berdepan dengan cabaran debat daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mengenai isu krisis bekalan air terawat di Selangor.

Dalam hal berkenaan, Menteri Besar Selangor itu bertanggungjawab memberi penjelasan bukan sahaja kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor itu tetapi juga kepada lebih 2.5 juta orang pengguna di Selangor dan Lembah Klang yang terjejas kerana krisis itu.

Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Nazilah Idris berkata, isu krisis bekalan air terawat adalah bukan isu pertama yang Azmin cuba melarikan diri kerana Menteri Besar Selangor itu juga sebelum ini enggan berdebat dengan Noh dalam isu perumahan rakyat di Selangor.

Katanya beliau, sebarang ego dan keangkuhan yang dimiliki oleh Azmin harus diketepikan kerana mangsa yang menderita dengan gangguan bekalan air tidak berkesudahan adalah rakyat Selangor sendiri.

“Bagi saya, Azmin jangan lari dari masalah, beliau harus bertanggungjawab kerana beliau juga yang begitu komited berkehendakkan jawatan Menteri Besar, beliau tidak sepatutnya berdiam diri terhadap cabaran debat seperti ini.

“Rakyat sebenarnya kecewa andai kepemimpinan kerajaan negeri hanya tahu berdiam diri, Azmin sepatutnya boleh juga menggunakan platform ini untuk meminta maaf kepada rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 18 Mac lalu, Noh mengemukakan cabaran terhadap Azmin untuk berdebat di Parlimen mengenai krisis isu air yang melanda negeri Selangor sehingga menyebabkan rakyat menderita.

Azmin bagaimanapun bukan sahaja tidak menyahut cabaran itu sebaliknya masih enggan mengakui masalah serius yang dihadapi negeri berkenaan yang mana 498 kawasan serta lebih 2.5 juta pengguna terjejas dalam gangguan bekalan pada bulan ini. - UTUSAN ONLINE

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .