Menang Dahulu Baru Intai Calon MB Selangor - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Tuesday, March 20, 2018

Menang Dahulu Baru Intai Calon MB Selangor

Tunaikan dahulu cita-cita mu untuk kembalikan kuasa negeri Selangor kepada Barisan Nasional(BN), kerana itu lebih bermakna dari membunyikan gendang sebelum berjaya.

Jangan ikut murai berkicau, kerana perjuangan UMNO Selangor tidak perlu dambakan sesuatu yang belum berjaya dengan usaha yang belum pasti dibayar dengan senyuman dan sorakan.

Sehari dua ini, kecoh kedai makcik, pakcik dalam Selangor berbicara tentang siapa layak dilantik jadi MB jika BN berjaya menumbangkan puak-puak haram jadah yang diketuai Azmi Ali.

Dalam renungan makrifat, BN memang ada peluang besar untuk merampas kembali Selangor yang dijajah puak-puak haramjadah yang diketuai DAP sejak 2008. Namun kegelojohan pemimpin UMNO tunggak BN nampaknya melebihi batas yang dikejar.

Kerja kuat adalah kunci sebenar untuk sebuah kejayaan, bukan berhayal, berebut jawatan yang belum pasti tiba itu sebagai sumber inspirasi sesebuah kejayaan.

Dalam hal ini. semua calon bertanding perlu cermin diri demi kesiapsiagaan PRU-14 yang mungkin berlaku pada Mei ini, untuk apa berjuang demi bendera sedangkan bendera yang di bawa dikoyak sendiri.

UMNO Selangor yang diketuai Noh Omar perlu perihatin kepada semua kaum, jangan hanya dekat-dekat PRU barulah muncul merayu, menyembah, demi sebuah simpati yang sudah terlambat.

Terkini ramai yang bermimpi siang hari untuk jadi calon, namun disebabkan terlupa cermin diri jadilah mereka seperti si gila meroyan dengan gaya dan lagak tak kena.

Terdapat beberapa individu meroyan di Selangor yang boleh merosakan perjuangan parti, sedar tak sedar merekalah pemecah belah sebenar, biarlah gila asalkan tidak menggangu gugat kerja buat orang lain, namun orang gila inilah Noh Omar perlu gari terlebih dahulu sebelum merebak.

Soal jawatan MB Selangor tidak perlu menjadi isu utama, kerana kkerja buat UMNO Selangor setakat ini masih tahap tidak memberangsangkan walaupun TPM Zahid berdegar-degar di akhbar kononya BN berpeluang besar merampas kembali Selangor pada PRU-14.

Kalau nak kira, calon Bebas yang akan bertanding nanti juga boleh cakap pekara sama. Janganlah terasa megah dengan ahli  yang ramai lalu UMNO Selangor tunjuk angkuh, sombong kepada pengundi sedangkan ceramah anjuran UMNO masih lagi tidak dapat sambutan menggalakan.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Menang Dahulu Baru Intai Calon MB Selangor Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)