Thursday, March 22, 2018

Mikroplastik Ditemui Saintis Dalam Botol Minuman

Musang Maya (Nur Shila)     9:15:00 AM    

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan kajian terhadap partikel kecil plastik dikenali mikroplastik telah ditemua pada 90 peratus botol minuman paling popular di dunia.

Dalam analisis yang dilakukan pada 259 botol minuman daripada 11 jenama daripada 9 negara berlainan mendapati , purata 325 zarah plastik untuk setiap liter air telah dijual.

Malah menurut kajian itu daripada 259 botol yang diuji hanya 17 botol yang bebas daripada plastik.

Miasalnya, dalam satu botol minuman Nestle Pure Life, kepekatan mikroplastik adalah setinggi 10,000 keping bagi setiap liter air.
Menurut laporan Guardian, para saintis menulis bahawa mereka telah mendapati hampir dua kali ganda zarah plastik dalam air botol berbanding air paip.

Jurucakap WHO memberitahu Gaurdian bahawa walaupun belum ada bukti mengenai kesan kesihatan kepada manusia, ia menyedari bahawa keadaan itu akan mencipta kebimbangan baharu.

Mikroplastik adalah bahan kimia yang boleh membahayakan manusia termasuk haiwan. Ia boleh merosakkan hati dan ginjal.

Kehadiran mikroplastik di dalam botol minuman masih dikaji kerana ia boleh terdedah melalui pelbagai cara.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .