Thursday, March 22, 2018

PENEROKA TANAH IJOK RASA TERTIPU

Musang Maya (Nur Shila)     10:07:00 AM    


KLANG 21 Mac - Lebih 100 peneroka di Ijok terkejut apabila mengetahui terdapat kira-kira RM200 juta daripada penjualan 880 hektar tanah mereka disalurkan kepada lima syarikat yang tiada sebarang kaitan dengan perjanjian jual beli tersebut.

Wakil peneroka, Azim Kasim, 69, berkata, dia hanya mengetahui mengenai berita penahanan enam individu termasuk dua da­ripada mereka bergelar Datuk itu pagi ini selepas membaca akhbar sebelum memaklumkan kepada peneroka lain.

Katanya, peneroka juga merasa tertipu kerana selama ini mereka hanya mengetahui tentang kewujudan dua syarikat sahaja LBCN Development Sdn. Bhd. (LBCN) dan Mujur Zaman Sdn. Bhd. (Mujur Zaman) yang terlibat dalam proses jualan membabitkan kos sebanyak RM1.18 bilion itu.

“Kami (peneroka asal tanah mukim Ijok) betul-betul terkejut. Saya baca berita itu hari ini, kemudiannya kawan-kawan lain menghubungi antara satu sama lain cakap perkara yang sama.

“Walaupun tanah dijual itu bukan lagi milik kami, tetapi kami masih lagi menuntut pampasan ke atasnya.

“Saya harap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan rapi mengenai perkara itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Peneroka Asal Tanah Ijok, Fadzil Ibrahim menyatakan kesediaan untuk membantu SPRM menyiasat skandal penjualan tanah berkenaan sekiranya diperlukan.

Malah, katanya, pihak berwajib perlu mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap mana-mana pihak jika benar wujudnya salah laku dalam urusan berkenaan.

“Pihak peneroka sentiasa bersedia untuk membantu siasatan dan diambil keterangan oleh SPRM supaya perkara sebenar melibatkan nasib peneroka yang ditipu dan ditindas kerajaan ne­geri Selangor dapat diketahui semua pihak,” katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd



--------------------



Gambar dipetik dari NST


Sebaran yang di buat oleh Pengerusi Badan Bertindak Peneroka Asal Tanah Ijok telah menghantar sebaran menuntut SPRM menyiasat dan membekukan akaun MBI Selangor dan Daim & Gamany:



Kepada rakan2 media



TANGKAPAN TERHADAP MEREKA YG DISYAKI MENERIMA WANG SECARA HARAM DARI HASIL JUALAN TANAH KE ECOWORLD



Bagi pihak peneroka-peneroka, kami alu-alukan tindakan SPRM utk menahan untuk siasatan individu2 yg ada kaitan dengan syarikat-syarikat pemaju dan konsultan yg telah didedah baru2 di syaki disalorkan wang dari hasil jualan tanah kami ke Eco World.



Berhubung itu, wang2 dlm akaun dan harta-harta telah dibekukan.


Pada hemat kami, pihak SPRM patut tahan untuk siasat serta membekukan harta dan akaun melibatkan pihak2 lain yg ada hubungkait dengan transaksi ini.


MBI Selangor sebagai perantara yg turut sama dapat manafaat tanah 1,000 ekar yg asalnya hak peneroka patut ditahan siasat dan dibeku tanah dan akaun.


Daim & Gamany yg dilantik jadi peguam untuk peneroka atas arahan pihak kerajaan negeri dan menjadi pengurus wang hasil jualan perlu ditahan siasat dan akaun dibekukan.


SPRM perlu bertindak segera untuk memastikan wang ini tidak mengalir keluar ke akaun luar negara dan tanah diguna atau dijual utk hal lain seblum kes selesai.


Kami turut mengharap pihak SPRM merungkai misteri tanah 1,000 ekar kami yg diambil oleh MBI Selangor.


Pihak peneroka sentiasa bersedia untuk membantu siasatan dan diambil keterangan oleh SPRM supaya perkara sebenar melibatkan nasib peneroka yg ditipu dan ditindas kerajaan negeri diketahui.


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi peguam kami Dato Kamaruddin Ahmad 0122082024.


Sekian terima kasih.



Haji Fadzil Ibrahim

Nombor hp 0192755022

Pengerusi

Badan Bertindak Mujur Zaman 2003/2013

(Badan Bertindak Peneroka Asal Tanah Ijok)

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .