Thursday, March 22, 2018

Peneroka Asal Tanah Mukim Ijok Sedia Beri Keterangan Kepada SPRM

Musang Maya (Nur Shila)     9:50:00 AM    

Peneroka asal tanah mukim Ijok, di Shah Alam bersedia memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penjualan tanah seluas kira-kira 880 hektar di kawasan itu pada harga RM1.18 bilion kepada pemaju swasta.
Pengerusi Badan Bertindak Asal Peneroka Tanah Ijok, Mohd. Fadzil Ibrahim berkata, kesediaan mereka itu adalah supaya nasib para peneroka yang selama ini didakwanya telah ditipu dan ditindas oleh kerajaan Selangor diketahui umum.

Dalam kenyataan di Shah Alam, hari ini, beliau turut menggesa SPRM supaya turut menyiasat Menteri Besar Incorperated (MBI) dan sebuah firma guaman yang didakwa mendapat manfaat daripada penjualan tanah tersebut.

Mohd. Fadzil amat mengalu-alukan tindakan penahanan yang dibuat SPRM semalam berkaitan kes penjualan tanah tersebut supaya isu berkenaan dapat dirungkaikan.

Hari ini, SPRM mendapat kebenaran mahkamah menahan reman enam individu termasuk dua bergelar ‘Datuk’ berumur antara 34 hingga 84 tahun bagi membantu siasatan kes penjualan tanah tersebut.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .