Rezeki PRU14 Kain Tudung Logo Parti Dapat Tempahan Meningkat - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Monday, March 19, 2018

Rezeki PRU14 Kain Tudung Logo Parti Dapat Tempahan Meningkat

Tudung berhias logo Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan utama orang ramai selepas ia tular dalam laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Pengusaha De Suria Collection yang mengeluarkan produk berkenaan, Marhaini Suriana Ayub berkata, sejak ia tular beberapa hari lalu, pihaknya telah menerima tempahan lebih 1,000 helai tudung untuk corak logo BN.

“Selain tudung BN, tudung bawal berlogo PAS juga turut mendapat banyak tempahan. Begitu juga dengan tudung yang berlogo parti Amanah.


“Saya tidak menyangka percubaan untuk menghasilkan tudung berlogokan parti politik mendapat sambutan hangat, biarpun Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) masih menjadi teka-teki,” katanya.

Menurut Marhaini Suriana, dia menerima banyak tempahan tudung berhiaskan logo BN daripada pelanggan di luar negeri seperti Pahang, Johor dan Perak.

Katanya, terdapat juga pelanggannya dari Perak mahu membuat tempahan tudung yang berhiaskan logo DAP.

Dia yakin, permintaan atau tempahan tudung yang dihiasi dengan logo parti politik akan meningkat apabila parlimen dibubarkan nanti.

“Tambahan ia dijual dengan harga yang sangat berpatutan,” katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Rezeki PRU14 Kain Tudung Logo Parti Dapat Tempahan Meningkat Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)