Siasat Individu Cuba Sabotaj Datuk Jo - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Wednesday, March 21, 2018

Siasat Individu Cuba Sabotaj Datuk Jo

KUALA LUMPUR: Ahli UMNO Bahagian Titiwangsa dan lapan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Titiwangsa menggesa agar siasatan dilakukan untuk mengenal pasti individu atau pihak yang disyaki bertanggungjawab cuba mensabotaj kepimpinan Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Timbalan Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa, Datuk Affendi Zahari, berkata tindakan itu dilihat sebagai usaha terancang untuk menjatuhkan imej dan mencemar nama baik dan kecemerlangan Johari sepanjang menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa.

"Kita harap polis menjalankan siasatan untuk mencari dan mengenal pasti dalang yang menabur fitnah.

"Kita tidak mahu setiap kali pilihan raya umum, ada pihak tidak bertanggungjawab melemparkan kata-kata yang tidak tepat, bertujuan memburuk-burukkan individu terbabit.

"Kita tidak nafikan, mungkin yang terbabit ini orang dalam, kerana dalam politik pembangkang akan guna cara berbeza, (tetapi) cara yang digunakan ini, cara orang dalam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.

Affendi berkata, pihaknya menyerahkan tindakan selanjutnya kepada Lembaga Disiplin UMNO jika hasil siasatan mendapati individu terbabit adalah ahli UMNO sendiri.

"Jika orang dalam yang terbabit, ia adalah satu perbuatan khianat dan sabotaj kepada parti.

"Dalam parti ada peraturan jelas, jika didapati ada individu mensabotaj atau mengkhianati parti, dia akan dipecat, ia pernah berlaku sebelum ini.

"Jika yang terbabit adalah orang dalam selepa selesai siasatan polis, tiada sebab kenapa UMNO perlu simpan orang macam ini," katanya.

Semalam, gambar gegantung tertera 'Saya No!! To DJ' dan 'kami ahli UMNO akar umbi Titiwangsa memohon kepada YAB Perdana Menteri agar memilih calon lain selain daripada Datuk Johari #TolakJohariGhani #JoeSombong #JoeAngkuh #asalbukanjoeghani @JoeBongkak #ABJ tular di laman sosial dan aplikasi Whatsapp.

Gambar gegantung itu dikhabarkan diambil di sekitar kawasan Chow Kit dan Keramat, antara kawasan dalam Parlimen Titiwangsa.

Bagaimanapun, Johari kemudian dilaporkan berkata, tindakan 'nakal' pihak tertentu memasang gegantung menggesa beliau tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sebagai asam garam politik.

Beliau yang juga Menteri Kewangan II tidak terperanjat dengan perkara itu dan yakin masih mampu meraih sokongan pengundi sekiranya dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Titiwangsa pada PRU ke-14 (PRU-14) nanti.-Berita Harian

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Siasat Individu Cuba Sabotaj Datuk Jo Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)