UMNO Sudah Lali Dan Najib Tetap Fokus - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Tuesday, March 20, 2018

UMNO Sudah Lali Dan Najib Tetap Fokus

UMNO telah lali dengan sikap pembangkang yang suka menabur fitnah setiap kali menjelang pilihan raya.

Justeru Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa mengingatkan, pembangkang agar tidak memandang rendah kebijaksanaan rakyat yang bijak menilai tanggungjawab UMNO terhadap mereka.

“Kami dah lali. Tiap-tiap kali pilihan raya, kami tidak pernah lalui dengan jalan mudah.

“Sebagai kerajaan, kami berdepan dengan fitnah setiap masa. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun orang tuduh dia, beliau telah buktikan kejayaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis Pemimpin Bersama Rakyat Menangani Fitnah Pembangkang Menjelang PRU14, di Ampangan, di Seremban malam tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Annuar menyangkal dakwaan pembangkang yang Malaysia akan bankrap dengan berkata, ekonomi negara di bawah pimpinan kerajaan sekarang ini berkembang baik.

“Ini terbukti dengan pengiktirafan badan-badan antarabangsa seperti Fitch Ratings, Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Zaman Tun Dr Mahathir (Mohamad), Fitch Rating hanya pada tahap B tetapi zaman Najib Fitch Rating kita dapat A-,” katanya.

Jelas Annuar lagi, rizab dalam negara semasa pemerintahan Mahathir hanya RM90 bilion berbanding RM430 biliom zaman Najib.

Katanya, pertumbuhan ekonomi juga meningkat pada zaman Najib iaitu 5.6 peratus berbanding zaman Mahathir hanya pada kadar dua peratus.

Annuar berkata, pembangkang ketandusan idea untuk menyerang Najib yang sentiasa fokus dalam membangunkan ekonomi negara.

“Mahathir hentam-hentam Najib tetapi Najib tetap fokus, menguruskan ekonomi, baiki hubungan luar, pastikan ekonomi terus berkembang, rizab bertambah, mata wang kita kukuh dan memberi banyak bantuan yang pelbagai kepada rakyat,” katanya. – 20 Mac 2018.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: UMNO Sudah Lali Dan Najib Tetap Fokus Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)