United sambung kontrak Young - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Tuesday, March 20, 2018

United sambung kontrak Young

MANCHESTER: Manchester United melanjutkan kontrak Ashley Young selama setahun dengan menambah tempoh pilihan selama setahun di dalam kontrak pertahanan kiri England itu, lapor media Britain hari ini.

Young, 32, yang disenaraikan Gareth Southgate di dalam skuad England bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan, mempamerkan prestasi terbaik di United sekali gus menafikan peluang pertahanan kiri Luke Shaw daripada pasukan itu.

Kontrak bekas pemain sayap Aston Villa di Old Trafford dijangka berakhir musim ini namun aksinya di bawah kendalian Jose Mourinho menyaksikannya dipanggil menyertai skuad kebangsaan pada November.

Young berada di bangku simpanan ketika aksi suku akhir Piala FA yang menyaksikan mereka menang 2-0 ke atas Brighton & Hove Albion namun dibawa masuk pada separuh masa kedua bagi menggantikan Shaw yang masa depannya di kelab itu semakin samar.

Shaw hanya beraksi selama 15 kali bersama United musim ini, dan menyertai tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris, di mana Young yang menyertai kelab itu dari Villa pada 2011, menjadi pilihan sebagai pertahanan kiri.

England berkunjung ke Belanda pada awal pagi Sabtu dan menentang Itali awal pagi Rabu untuk persediaan mereka ke Piala Dunia di Russia, Jun ini. - Reuters
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: United sambung kontrak Young Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)