Untuk Tumbang Titiwangsa Hanya Perlu Satu Undi, Kenapa Sabotaj Datuk Jo? - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Wednesday, March 21, 2018

Untuk Tumbang Titiwangsa Hanya Perlu Satu Undi, Kenapa Sabotaj Datuk Jo?

PENYAKIT catas-mencatas sabotaj mensabotaj dalam UMNO sepatutnya sudah lama dapat diatasi memandangkan kepimpinan yang ada sama ada diperingkat persekutuan, negeri, bahagian bukannya tidak berpendidikan tinggi.

Namun begitu, sikap tidak puas hati yang sepatutnya ada pada makhluk keturunan Iblis membelenggu umat Muhammad S.A.W dengan segala macam perasangka buruk, dengan sendirinya UMNO dijadikan seperti bekas berisi nanah dan darah busuk. Cepat melatah apabila diuji juga salah satu punca keretakan dalaman yang akhirnya sukar diubati.

Beberapa hari ini UMNO diuji dengan berita cubaan sabotaj Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Datuk Jo) yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa yang menang pada PRU-13 dengan majoriti 866. Pada PRU-12 kerusi itu dimenangi Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali dari parti PAS dengan majoriti 1,972 undi.

Walaupun tidak secara terang-terang, Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa Datuk Nazir Hussin menjadi mangsa persepsi politik murahan pihak tidak bertanggungjawab. Soal siapa dalang sabotaj Datuk Jo rasanya tidak perlu dibincangkan, kerana sudah banyak portal mengulasnya.

Selangor Post yang mengikuti rapat isu ini melalui pembacaan pada berita atas talian sangat hairan dengan apa yang berlaku di Titiwangsa sehingga tidak tercapai di akal.


Pada saat Datuk Jo berhempas pulas dengan tiket Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 semua kepimpinan dan jentera sayap parti, tidak kira dari Wanita, Pemuda, Puteri sanggup bersekang mata bagi memastikan pembawa bendera BN Titiwangsa itu menang.

Allhamdulillah, kerusi yang tebal dengan pengundi pembangkang itu dapat ditumbangkan dengan 866 undi, kemenangan dengan jumlah tidak disangka itu meletakkan kerusi Parlimen Titiwangsa dalam satu barisan iaitu Barisan Nasional.

Tidak terfikirkah manusia yang layak digelar pengkhianat?. Sekiranya sabotaj diteruskan tanpa naktoh pastinya Titiwangsa akan bermasalah pada PRU-14, dan sekiranya tidak dihentikan dengan segera BN Titiwangsa akan tumbang, dan segala bakti kepada masyarakat setempat dilihat seperti manabur baja pada pokok dalam kebun orang lain, akhirnya pokok yang ditanam dalam kebun sendiri tidak berbuah.

Kemenangan Titiwangsa hanya ditentukan dengan satu undi, tidak perlu dua atau tiga, jika benar memahami teras perjuangan berkumpulan, eloklah kembali pada jalan benar dan bersama-samalah kerah kudrat bagi memastikan Titiwangsa milik BN sekali lagi.

Masyarakat kerusi Parlimen Titiwangsa cukup selesa dengan apa yang dijuangkan oleh Datuk Jo bersama jentera bahagian yang tidak menghiraukan penat lelah asalkan amanah yang diberi dapat dilunaskan.

Kepada pengkhianat, janganlah membina jambatan berduri, kerana kelak anak cucu kamu juga yang akan pijak duri tersebut.

Sekarang ini, kita mahu menang, bukanya nak tunjuk bodoh sesama sendiri..
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Untuk Tumbang Titiwangsa Hanya Perlu Satu Undi, Kenapa Sabotaj Datuk Jo? Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)