Sunday, April 22, 2018

Azmin Ali Lupa Daratan Sindir Rakyat Kelantan

Musang Maya (Nur Shila)     8:46:00 PM    

KEANGKUHAN Azmin Ali menteri besar sementara Selangor patut dibalas penyokong PAS pada PRU-14.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyindir rakyat Kelantan dengan menimbulkan persoalan kenapa Selangor dibanjiri rakyat Kelantan.

Sindiran tersebut disuarakan beliau dalam satu ucapan; bukan sahaja mengkritik rakyat bahkan turut meyindir kerajaan Kelantan.

“Kalau betul Kelantan itu hebat, kalau betul Kelantan itu negeri Serambi Mekah, kalau betul Kelantan itu adil, kenapa orang Kelantan datang ke Selangor?

“Sebab Selangor negeri yang aman, makmur, maju, adil dan sejahtera,” demikian antara petikan ucapan Azmin Ali.

Walaubagaimanapun, sindiran tersebut mendapat reaksi negatif dari netizen.

Selain itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan turut memberi respon ringkas mengingatkan agar Azmin dan PKR sedar diri dan jangan angkuh.

“Rakyat Kelantan dahulunya buka tangan, bantu kalian yang teruk dizalimi dan ditekan oleh Mahathir.

“Dulu orang Kelantan bantu PKR lawan Mahathir, kini PKR sanjung Mahathir dan hina orang Kelantan pula,” ulas beliau ringkas.

Sindiran Azmin Ali itu jelas memperlekeh negeri Kelantan yang pernah membangunkan Selangor suatu ketika dahulu.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .