Chua Boleh Dikenakan Tindakan Jika Bertanding Bebas – Liow - SELANGOR POST

UTAMA

VIDEO

POLITIK

HIBURAN

BERITA SEMASA

PENA PENGARANG

JENAYAH

SUKAN

» » Chua Boleh Dikenakan Tindakan Jika Bertanding Bebas – Liow

BENTONG, 19 Apr: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab Datuk Chua Boon Seong boleh dikenakan tindakan disiplin jika bertegas mahu bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Chua yang sebelum ini bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab atas tiket Barisan Nasional (BN) seharusnya mempunyai rasa terhutang budi kepada parti kerana telah membantunya pada beberapa pilihan raya umum sebelum ini.

“Selaku bekas ADUN, kita telah bersusah payah bekerja untuk menangkan beliau. Chua menjadi calon juga disebabkan peluang yang diberikan parti. Jika sudah tidak menjadi calon, seharusnya beliau membantu parti untuk kemenangan calon BN.

Tindakan beliau boleh mengurangkan undi yang akan diperoleh parti,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (Pr1MA) Sungai Dua di sini, hari ini.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata beliau telah meminta Pengerusi MCA negeri Datuk Hoh Khai Mun untuk berbincang dengan Chua bagi menasihatkannya supaya tidak meneruskan rancangan menentang BN pada PRU14.

“Kita akan nasihatkan beliau perbuatan itu tidak patut berlaku kerana sebagai anggota MCA dan penyokong setia BN tidak wajar untuk sabotaj parti. Bagaimanapun, kita tidak dapat berbuat apa-apa jika beliau masih berdegil dan boleh dikenakan tindakan disiplin.

Saya masih belum menerima laporan balas daripada Pengerusi MCA (negeri) dan masih berharap Chua tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak parti,” katanya.

Liow menambah setakat ini, Chua adalah satu-satunya anggota MCA yang menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas dan beliau berharap tindakan itu tidak diikuti anggota parti yang lain.

Pada Isnin, Chua yang pernah menjadi ADUN Mentakab selama dua penggal sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), menyatakan hasrat untuk bertanding di Mentakab sebagai calon Bebas.

Pada PRU13, Chua tewas kepada calon DAP Tengku Zulpuri Shah Raja Puri dengan majoriti 1,544 undi.– Bernama

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,