Dahulu Sibuk Nak Tangkap, Kini Pembangkang Takut Dakwa Mahathir - SELANGOR POST

UTAMA

VIDEO

POLITIK

HIBURAN

BERITA SEMASA

PENA PENGARANG

JENAYAH

SUKAN

» » » Dahulu Sibuk Nak Tangkap, Kini Pembangkang Takut Dakwa Mahathir

Mereka pernah kecam, kritik, bidas habis-habisan Tun M ketika terajui negara selama 22 tahun, namun kini membisu apabila beliau sertai pembangkang malah dicalonkan pula sebagai PM

Pemimpin pakatan pembangkang yang didominasi DAP, ditempelak kerana semakin membisu terhadap perjuangan menuntut supaya Tun Dr Mahathir Mohamad dihadapkan ke muka pengadilan seperti dilaungkan mereka sejak sekian lama.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, berkata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu, melemparkan pelbagai kritikan terhadap kepemimpinan Dr Mahathir sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

“Sebelum Dr Mahathir menyertai pakatan dan kini menjadi bakal calon Perdana Menteri, mereka menuntut Dr Mahathir ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Mereka membangkitkan pelbagai isu termasuklah Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan syarikat Perwaja Steel.

“Kit Siang dan Mat Sabu membidas Dr Mahathir habis-habisan, malah berjanji menangkap Dr Mahathir untuk dibawa ke mahkamah. Kini, mana semua dakwaan itu?

Tun M jadi liabiliti

“Ini bermakna tidak semudah itu Tun M boleh tarik sokongan Melayu dan Islam kepada mereka (pakatan pembangkang), malah menjadi liabiliti yang menyulitkan mereka,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam.

Nasrudin yang juga calon PAS bagi Parlimen Indera Mahkota pada PRU-14, yakin dakwaan tsunami Melayu dan Islam yang merujuk kepada peningkatan sokongan kelompok itu kepada pakatan pembangkang pada PRU-14 tidak akan berlaku.

Katanya, dakwaan itu dibuat pakatan pembangkang semata-mata untuk meningkatkan keyakinan dan mempengaruhi masyarakat, sedangkan semua pihak bertanding mempunyai peluang terbuka.

“Kalau tsunami Melayu dan Islam berlaku, sudah tentu ada anjakan peratusan sokongan kepada PAS kerana kita lebih besar dan berpengalaman dalam perjuangan, malah dalam beberapa isu (berkaitan Islam) pakatan pembangkang dilihat kurang tegas mempertahankan prinsip.

“Contohnya isu Akta 355 (usul pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355) dan Akta 164 berkaitan isu pembubaran perkahwinan di mahkamah sivil, mereka tidak berpihak kepada Islam.

“Begitu juga isu gejala songsang seperti pemikiran bebas dan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Masyarakat Melayu dan Islam amat sensitif mengenainya tetapi pakatan pembangkang pula agak seimbang kerana ada komponennya yang tegas mempertahankan LGBT,” katanya.

Mengulas penggunaan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) oleh pakatan pembangkang, Nasrudin mendakwa, peluang terbabit memang dinantikan DAP dalam meraih sokongan orang Melayu, selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diarahkan bubar sementara.

“Apakah mereka sengaja membiarkannya tidak diluluskan supaya menjadi titik permulaan menggunakan logo PKR kerana parti itu masih baharu dan belum dikenali, manakala DAP mahu guna logo itu untuk mendapat sokongan Melayu,” katanya.

Sanggup lupa sengketa lama

Sementara itu, EXCO Pemuda UMNO, Rahman Hussin, berkata kegagalan pemimpin pembangkang berbuat demikian menunjukkan mereka sebenarnya tidak memiliki prinsip dan konsisten dalam perjuangan.

Malah, katanya mereka sanggup melupakan sengketa lama hanya kerana mahu meneruskan agenda politik tersembunyi, termasuk membenarkan Dr Mahathir dipilih sebagai calon Perdana Menteri jika mereka menang.

“Dulu mereka boleh berlawan, tapi sekarang bersama. Ini satu politik yang jelas tidak konsisten dan cuba mengaburi mata rakyat,” katanya.

Beliau berkata, Kit Siang satu masa dulu pernah menggelarkan Dr Mahathir dengan pelbagai panggilan, malah dia juga yang mendesak supaya siasatan dibuat terhadap isu pertukaran mata wang asing Bank Negara (BNM), namun selepas suruhajaya siasatan diwujud, nadanya berbeza.

“Ini jelas menunjukkan mereka langsung tidak konsisten. Kalau dulu mereka boleh janji lain, sekarang lain pula, akan datang kalau menang, pasti akan jadi lain lagi,” katanya.

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,