Tuesday, April 24, 2018

DUN Pelabuhan Klang Panas, Nasarrudin M Zin Tidak Dicalonkan

Musang Maya (Nur Shila)     11:16:00 PM    

PENYOKONG Ketua UMNO Bahagian Klang terkejut besar apabila ketua bahagian itu, Datuk Nasarrudin M Zin tidak dicalon dalam pilihan raya umum kali ini. Beliau dilihat mampu menang namun nasib tidak menyebelahinya.

Harapan penyokong dan ahli UMNO di kawasan Parlimen Klang untuk melihat orang yang bekerja kuat untuk parti di calonkan di N46 Pelabuhan Klang gagal apabila nama yang disebut-sebut tidak di calonkan.

Barisan Nasional negeri yang dipimpin Datuk Seri Noh Omar dilihat berani melakukan perubahan yang tidak disangka-sangka apabila mencalonkan Sheikh Rajesh Bin Sheikh Ahmad yang tidak popular di bibir masyarakat Klang.

-Difahamkan Melalui Cakap-Cakap
Pencalonan Sheikh Rajesh Bin Sheikh Ahmad yang juga Timbalan UMNO Bahagian itu terbukti beliau mendapat sokongan dari wanita, pemuda, puteri bahagian dan dengan sebab itu nama beliau dipilih untuk calon BN kali ini.

Menurut perkiraan atas kertas, jika dicalonkan Nasarrudin M Zin, BN mampu menang dengan majoriti 2,500 undi.

-Jika Mampu Menang Sheikh Rajesh Bin Sheikh Ahmad Juga Mampu Memberi Kemenangan
Sheikh Rajesh Bin Sheikh Ahmad walaupun dikatakan tidak popular juga akan memberi kemenangan sekiranya tiada sabotaj dari pengundi.

Menurut pandangan ramai di kedai kopi, beliau tidak menghadapi masalah besar untuk menang kali ini, memandangkan angin perubahan untuk menukar kerajaan Selangor hari ini kepada kerajaan BN pada PRU-14.


Andainya benar seperti bualan kedai kopi N46 Pelabuhan Klang akan kembali kepada BN pada PRU-14 ini.
Namun segala kemungkinan yang berlaku akan berlaku kerana ada pihak yang terluka pasti berlaku sesuatu yang tidak disukai oleh mana-mana calon yang dipilih pada PRU.

Pada PRU-13 Barisan Nasional mencalonkan Nasaruddin M. Zin di N46 Pelabuhan Klang, BN tewas dengan 2,994 kepada calon Pakatan Rakyat, Abd Khalid Bin Ibrahim dari PKR.

-PRU-14 Harapan Tipis Untuk BN Menang
Menurut perbualan di kedai kopi, kiranya Abd Khalid Bin Ibrahim bertanding atas tiket bebas atau PAS di DUN Pelabuhan Klang harapan untuk BN menang amat tipis berikutan pengaruh bekas menteri besar Selangor itu tidak boleh diperkecilkan.

Pengundi atau penyokong Nasaruddin M. Zin tidak mustahil akan undi Abd Khalid Bin Ibrahim sekiranya beliau bertanding sekali lagi dikawasan itu.

Kali ini Rajesh Bin Sheikh Ahmad akan menentang calon PKR Azimizam Zaman Huri yang juga Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang. Khidmat cemerlang Azimizam sejak dua tahun kebelangkangan ini tidak boleh di sangkal sama sekali malah beliau dilihat mampu mengekalkan kemenangan kerusi itu dengan majoriti lebih dua ribu.

Situasi di DUN Pelabuhan Klang kini di anggap panas apabila penyokong ketua bahagian Klang yang tidak di calonkan dikatakan tidak bersemangat lagi untuk membantu BN.

Oleh itu, utamakan bendera lebih penting dari calon sekiranya benar mahu menumbangkan kerajaan Selangor yang dipimpin Azmin Ali-Selangor Post by Musang Maya

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .