GST Tak Naik Lepas PRU-14 - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Wednesday, April 18, 2018

GST Tak Naik Lepas PRU-14

BAGAN DATUK, 18 Apr: Kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan kadar 6 peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walaupun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengiraan yang dibuat kerajaan mendapati kadar sedia ada mencukupi dan mampu memberi pendapatan lebih RM40 bilion kepada negara.

Dalam Bajet 2018, katanya, kerajaan juga menjangka adanya peningkatan pendapatan daripada hasil petroleum iaitu dari AS$52 setong meningkat kepada AS$70 setong sebelum ini.

“Pendapatan negara melalui hasil minyak yang diperoleh daripada dividen Petronas mampu membantu kerajaan melaksanakan projek yang ada di dalam Manifesto Barisan Nasional (BN).

“Ia juga mampu menampung kenaikan satu gaji tahunan penjawat awam yang diumumkan baru baru ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata dakwaan kenaikan kadar GST itu dibangkitkan pihak tertentu yang sengaja mahu merosakkan kepercayaan rakyat terhadap BN yang memerintah negara.

Beliau berkata perkara itu tidak berasas kerana Kementerian Kewangan dan Bank Negara sendiri tidak melihat perlunya kadar sedia ada dinaikkan.

“Pendapatan kita bukan sahaja cukup tetapi mampu menampung belanjawan yang diumumkan malah untuk 5 tahun akan datang,” katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: GST Tak Naik Lepas PRU-14 Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)