Hadi, Takiyuddin Dan Tuan Ibrahim Tanding Parlimen - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Wednesday, April 18, 2018

Hadi, Takiyuddin Dan Tuan Ibrahim Tanding Parlimen

Tiga pimpinan utama PAS hanya bertanding kerusi Parlimen dan tidak bertanding di peringkat negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mereka terbabit ialah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin berkata, Abdul Hadi hanya akan bertanding di Parlimen Marang, Tuan Ibrahim juga akan bertanding di peringkat Parlimen dan beliau sendiri turut mengesahkan akan mempertahankan Parlimen Kota Bharu.

Beliau tidak menyatakan Tuan Ibrahim akan bertanding di parlimen mana namun khabar angin sebelum ini mengatakan di Parlimen Kubang Kerian.

Dalam pada itu, Takiyuddin memberitahu, PAS akan mengumumkan calonnya esok kecuali Kelantan, Sarawak dan Sabah.

“Calon bagi Sarawak akan diumumkan pada 21 April manakala Sabah 22 April. Calon bagi Kelantan pula hanya akan diumumkan 25 April kerana ada kemas kini,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Tambahnya, calon-calon yang diumumkan esok perlu melafazkan baiah terlebih dahulu.

Menurutnya, baiah kali ini tidak melibatkan lafaz cerai dan akan diselaraskan untuk semua negeri.

“Lafaz baiah terbahagi kepada empat iaitu semua calon dari ahli PAS perlu melakukan satu lafaz. Kedua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) terdiri daripada bukan Islam ada satu lafaz.

“Gagasan Sejahtera ada ahli dari Islam dan bukan Islam akan lakukan akuan bersumpah dan bukan Islam ada satu lafaz,” katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Hadi, Takiyuddin Dan Tuan Ibrahim Tanding Parlimen Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)