Sunday, April 22, 2018

Hampir Separuh Calon PAS Pahang Orang Muda

Musang Maya (Nur Shila)     9:00:00 PM    

Timbalan Presiden PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan bahawa PAS bersama Gagasan Sejahtera bertanding di semua Parlimen dan 40 Dun di Pahang.

Kali ini PAS menampilkan dua calon wanita untuk kerusi negeri iaitu Prof Madya Wan Maseri Wan Mohd, Dun Inderapura dan Azizah Mohd Ali, Dun Teruntum.

Buat pertama kalinya, PAS bakal meletakkan calon di semua kerusi DUN dan Parlimen Bentong berbanding hanya satu pada PRU 13. Ianya merupakan satu jumlah yang mengambarkan kekuatan jentera parti dan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat.

Jika diteliti, lebih 40% calon tersebut merupakan calon baru dan muda; satu gabungan mantap daripada golongan ulamak, profesional mahupun aktivis parti yang mencerminkan kekuatan PAS Pahang.

“Kita harapkan agar PRU 14 berjalan dengan lancar mengikut peraturan yang ada.

“Kita juga mengharapkan agar parti yang memerintah khususnya Barisan Nasional (BN) mematuhi peraturan pilihan raya dengan tidak menggunakan harta kerajaan Malaysia semasa berkempen.

“Kita bertanding di atas satu peraturan yang sama dan kita mampu membuat kejutan pada PRU 14,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pengisytiharan Calon PAS Pahang pada PRU 14 sambil disaksikan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar dan semua calon PAS dan Gagasan Sejahtera.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .