Hidup Aktif Hindar Sakit - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Tuesday, April 17, 2018

Hidup Aktif Hindar Sakit

Ramai setuju kerap bersenam hindar obesiti selain kawal pemakanan

Masalah obesiti kompleks berlaku apabila wujud lemak berlebihan di dalam tubuh hingga menyebabkan individu itu mengalami berat badan berlebihan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang normal adalah 18.5 hingga 22.9 bagi penduduk Asia. Andai BMI melebihi 23, ia dianggap berat berlebihan manakala BMI melebihi 27.5 dikategorikan sebagai obesiti.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) Dr Manimaran Krishnan berkata, obesiti boleh memberi implikasi besar kepada masyarakat kerana sering dikaitkan sebagai punca pelbagai penyakit seperti kencing manis, sakit berkaitan jantung dan tekanan darah tinggi.

Bukan itu saja, sejak kebelakangan ini semakin ramai individu muda berusia 30-an sudah dikesan menghidapi penyakit yang dikaitkan dengan gaya hidup tidak sihat itu.

Tinjauan Suara Maya menerusi web myMetro membabitkan isu obesiti bertajuk: “Apakah kaedah terbaik untuk mengurangkan masalah obesiti?” sebanyak

45.5 peratus responden setuju untuk mengamalkan gaya hidup aktif supaya masalah obesiti dapat dikurangkan.

Seramai 31.8 peratus responden pula setuju mendidik anak seawal usia mengenai pemakanan yang sihat supaya daripada kecil mereka dapat membezakan makanan yang berkhasiat.

Manakala, 13.6 peratus responden memilih supaya tidak mudah terpengaruh dengan promosi makanan yang dilakukan terutama menerusi media sosial pada masa kini.

Selain itu, 9.1 peratus setuju supaya kempen kesedaran mengenai masalah ini dipertingkatkan kepada orang ramai supaya mereka menyedari risikonya jika obes.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Hidup Aktif Hindar Sakit Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)