Jangan Kacau Parlimen Wangsa Maju - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Monday, April 16, 2018

Jangan Kacau Parlimen Wangsa Maju

KERUSI Parlimen Wangsa Maju yang dimenangi pembangkang pada PRU13 dengan majoriti 5,511 undi secara logiknya tidak akan dimenangi BN walaupun calon dari UMNO atau MCA.

Walaupun pengundi Melayu 61 peratus ia bukan satu kayu ukur
bagi mana-mana parti bertanding dalam pilihan raya kali ini.

Pertandingan 3 penjuru dengan 2 parti Melayu terkuat, iaitu UMNO dan PAS memberi kelebihan kepada parti penyandang.

Suasana di Wangsa Maju tidak patut diukur dengan kawasan pilihan raya parlimen lain, sebaliknya dilihat kepada keputusan dan sokongan pada PRU13.

Jika isu nasional pada PRU13 tidak seberat PRU14 BN boleh kalah dengan majoriti yang jelas menggambarkan penolakan pengundi pada BN, tidak mustahil akan berulang sekali lagi.

Ramai faham apa maksud yang dijuangkan UMNO Wangsa Maju, malah tiada sesiapa pun mahu menerima kemasukan orang lain kedalam rumah yang telah siap dibina sejak lima tahun lalu.

Jika benar MCA mahu bertanding di Parlimen Wangsa Maju adalah lebih baik berfikir lebih sekali.

Jika berkeras juga, MCA adalah akan dichop sebagai pengkhianat kepaduan UMNO dikawasan itu.

Dan ramai percaya, sekiranya MCA bertanding dikawasan itu majoriti kemenangan calon pakatan harapan akan meningkat sekali ganda. Kerana apa?, kerana undi protes pasti berlaku.

Dengan kekukuhan pengundi Cina dan India yang kekal tidak menyokong BN dengan peratusan besar pastinya MCA akan kecundang dengan jumlah undi kekalahan yang lebih besar.

Walaupun melalui calon UMNO agak sukar untuk mengembalikan kemenangan, mustahil MCA dapat atasinya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Jangan Kacau Parlimen Wangsa Maju Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)