KADAR PENGANGGURAN SUSUT KEPADA 3.3 PERATUS - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Tuesday, April 17, 2018

KADAR PENGANGGURAN SUSUT KEPADA 3.3 PERATUS

Kuala Lumpur: Kadar pengangguran Malaysia susut kepada 3.3 peratus pada Februari 2018, turun 0.1 peratus berbanding bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan.

Berdasarkan perbandingan tahun ke tahun, kadar pengangguran susut 0.2 peratus berbanding tahun lalu, demikian menurut laporan Perangkaan Tenaga Kerja Februari 2018 yang dikeluarkan semalam.

Jabatan itu berkata, jumlah pekerja meningkat 0.3 peratus pada Februari 2018 kepada 15.23 juta berbanding 15.19 juta sebulan sebelumnya.

Mengenai kadar penyertaan tenaga pekerja pada Februari 2018, jabatan itu berkata angkanya kekal pada 68.2 peratus berbanding bulan sebelumnya.

“Kadar penyertaan tenaga kerja pada Februari 2018 meningkat 0.4 peratus berbanding bulan sama tahun lalu,” katanya.

Jabatan itu berkata, 31.8 peratus atau 7.11 juta penduduk dalam umur bekerja (15-64 tahun), berada di luar tenaga pekerja pada Februari 2018, meningkat daripada 7.07 juta pada bulan sebelumnya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: KADAR PENGANGGURAN SUSUT KEPADA 3.3 PERATUS Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)