Kawasan Batu Sapi Masih Kubu Kuat BN - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Tuesday, April 17, 2018

Kawasan Batu Sapi Masih Kubu Kuat BN

SANDAKAN: Sokongan kukuh rakyat dan kerjasama mantap kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) menjadi faktor penyumbang kepada kemenangan gagasan itu setiap pilihan raya diadakan di kawasan Batu Sapi.

Justeru, Ketua Menteri dan Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Aman yakin Batu Sapi akan kekal menjadi kubu kuat BN.

“Pilihan raya bukan asing dihadapi dan dengan adanya sokongan dan kerjasama semua pihak, kita menang dengan mudah di Batu Sapi pada setiap pilihan raya,” kata Musa ketika melancarkan jentera BN Batu Sapi di sini, Ahad.

Hadir sama, Pengerusi Penyelaras BN Batu Sapi Datuk Samsudin Yahya, Bendahari Agung Parti Bersatu Sabah Datuk Linda Tsen Thau Lin, Ketua MCA Batu Sapi Datuk Chew Kok Woh dan Ketua Parti Gerakan Karamunting Datuk Peter Pang En Yin.

Terdapat tiga parti komponen BN masingmasing bagi kerusi Parlimen Batu Sapi dan dua Dewan Undangan Negeri iaitu Sekong serta Batu Sapi.

Parti Bersatu Sabah bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, manakala Sekong (Umno) dan Karamunting (Parti Liberal Demokratik).

Terdahulu, Samsudin yang juga Ketua Umno Bahagian Batu Sapi dalam ucapannya berkata tiada tempat untuk parti pembangkang khususnya Parti Warisan Sabah (Warisan) di kawasan Batu Sapi yang pemimpinnya pernah menganggotai Umno.

“Perjuangan mereka ini tidak ikhlas dalam Umno dan sebab itu mereka tidak lama dalam parti. Kini mereka dalam parti pembangkang atas kepentingan peribadi dan mahukan kuasa,” katanya.

Beliau berkata pemimpin parti Warisan juga menggunakan perkauman untuk menarik sokongan rakyat dan ini sudah tentu bukan boleh menjejaskan perpaduan dan suasana hidup harmoni rakyat di negeri ini.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Kawasan Batu Sapi Masih Kubu Kuat BN Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)