Saturday, April 21, 2018

Saya diajar tidak khianati rakan dalam politik ‘ – Musa Aman

Musang Maya (Nur Shila)     6:03:00 PM    

SANDAKAN, 21 April : Amalan mengkhianati rakan tidak seharusnya diamalkan dalam politik.
Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata beliau diajar sejak hari pertama menyertai politik supaya tidak mensabotaj rakan.

“Bapa Kemerdekaan Sabah Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun juga menunjuk ajar pada saya supaya tidak mengkhianati rakan, parti, rakyat dan negara. Paling penting, Islam juga mengajar kita supaya ikhlas dalam perjuangan dan adil untuk sebarang tindakan kepada semua bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jalinan Kasih Bersama Nelayan Sandakan dan Program Majlis Jalinan Kasih Nelayan Bersama Pemimpin dan Pelancaran Penubuhan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Libaran di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata itulah yang dilakukan pemimpin parti pembangkang di negeri ini ketika berada di dalam UMNO.

Justeru, Musa mahu rakyat menolak pemimpin seperti itu yang disifatkan sebagai berjuang atas faktor inginkan kuasa.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan nelayan menerusi program bantuan khas golongan itu bagi memastikan mereka hidup dalam keadaan selesa.

Katanya kerajaan sangat menghargai peranan penting nelayan sebagai penyumbang sumber makanan utama di negara ini.

Pada majlis tu, Musa turut menyampaikan replika cek RM2 juta untuk bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada anggota PNK Sandakan dan RM650,000 bagi Program Pemantapan 15 PNK di negeri ini.

— BERNAMA

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .