KKMM santuni golongan memerlukan - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Tuesday, April 17, 2018

KKMM santuni golongan memerlukan

KOTA BELUD: Kembara Jalinan Kasih (KJK) anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) satu lagi inisiatif murni untuk menyantuni golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

Ketua Setiausaha KKMM Tan Sri Dr Sharifah Zaharah Syed Ahmad berkata, tujuannya adalah untuk mendekati golongan yang memerlukan dan bertanya khabar walaupun sesetengahnya sudah uzur dan tidak mampu bergerak.

“Hari ini, kita sampaikan bantuan makanan harian dan wang tunai di samping beramah mesra bersama pemimpin setempat dan mereka yang memerlukan.

“Sumbangan itu antara usaha keprihatinan agensi kerajaan terhadap kebajikan di samping menterjemahkan nilai kasih sayang terhadap golongan yang memerlukan,” katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.

Seramai 10 penerima bantuan yang terdiri dari kalangan golongan warga emas dan OKU dari Kampung (Kg) Tengkurus dan Kg Sayap di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.

Program itu adalah antara pengisian sempena Program Negaraku: Menghubung Menyatu @Kota Belud yang dirasmikan Menteri KKMM Datuk Seri Mohd Salleh Tun Said di Padang Sekolah Kebangsaan Tamu Darat pada jam 2 petang Sabtu.

Sementara itu, penerima Normawati Joseph, 30, yang mengalami masalah penyakit kulit sejak lahir dari Kg Tengkurus berasa amat bersyukur dan berterima kasih kerana dikunjungi oleh pemimpin setempat.

“Lebih bermakna, saya dapat berinteraksi dengan pemimpin setempat dan ketua agensi kerajaan yang mendengar keperluan saya,” katanya.

Tambahnya, program KKMM itu wajar diberi pujian kerana pendekatan berkenaan membolehkan penduduk berinteraksi dengan pemimpin setempat khususnya berkaitan kebajikan.

Pada lawatan tersebut, Normawati turut menerima sebuah mesin jahit khas yang boleh digunakan untuk menambah pendapatan keluarga.

Turut hadir ialah Adun Kadamaian Jeremy Malajad, Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Ibrahim Abdul Rahman, PengarahPeneranganNegeri

“Sumbangan itu antara usaha keprihatinan agensi kerajaan terhadap kebajikan di samping menterjemahkan nilai kasih sayang terhadap golongan yang ” memerlukan. TAN SRI DR SHARIFAH ZAHARAH SYED AHMAD Ketua Setiausaha KKMM

Sabah Swady Guliling, Pengarah Penyiaran Sabah Malinaziah Datu Mohd Julasip dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Sabah Datuk Abdul Manap Lakariba.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: KKMM santuni golongan memerlukan Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)