Friday, April 20, 2018

Lapan Tindakan Dalam 100 Hari Pertama Jika BN Diberi Mandat Perintah Kelantan

Musang Maya (Nur Shila)     12:42:00 PM    

Barisan Nasional (BN) Kelantan menyenaraikan lapan perkara yang akan dilaksanakan dalam 100 hari pemerintahannya sekiranya diberi mandat memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, lapan perkara itu ialah menurukan kadar premium dan cukai tanah, menyediakan perkhidmatan Kerajaan yang lebih cekap dan berkesan, mewujudkan Jawatankuasa Hisbah untuk memantau tadbir urus Kerajaan Negeri dan mengenal pasti penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.

“Memberi diskaun bagi tunggakan cukai pintu, memansuhkan tunggakan bayaran sewa tapak dan mengkaji semula cukai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain, menghapuskan kutipan cukai kepala bakul.

“Memudahkan prosedur permohonan lesen bagi penjaja dan peniaga kecil, mengkaji semula kadar bayaran parking bermeter dan mewujudkan taskforce bagi memerangi gejala dadah habis-habisan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Manifesto PRU14 BN Kelantan di Kota Bharu malam tadi.

Mustapa berkata, kerajaan BN bukan sekadar bergantung kepada slogan, tetapi memastikan pelaksanaan dasar dilakukan secara berkesan.

Katanya, manifesto PRU14 BN Kelantan yang bertema ‘Demi Kelantan’ terhasil lewat aspirasi rakyat yang sememangnya menjadi keutamaan kerajaan BN.

“Sekurang-kurangnya kita berharap ia dapat meringankan beban rakyat jika mereka memberi mandat kepada kerajaan BN pada PRU14 ini,” katanya.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .