Logo PKR Untuk Mahathir: “Kita Bagi 6 Hari!” - SELANGOR POST

UTAMA

VIDEO

POLITIK

HIBURAN

BERITA SEMASA

PENA PENGARANG

JENAYAH

SUKAN

» » Logo PKR Untuk Mahathir: “Kita Bagi 6 Hari!”

Keputusan Mahathir menggunakan logo PKR selepas pendaftaran BERSATU digantung pihak ROS dibantah anggota PKR.

Bantahan tersebut disertai kira-kira 50 orang ahli PKR yang memegang poster dan sepanduk dengan mesej ‘PKR Jangan jadi pelacur kepada Tun Mahathir’ di perkarangan ibu pejabat parti di Petaling Jaya hari ini.

Terdapat juga poster dengan sindiran sinis terhadap Tun Mahathir seperti ‘Maha firaun’, ‘Maha zalim’, ‘Singkirkan Mahathir dari logo PKR’ dan juga ‘Musuh Sebenar PKR’.

Menurut Timbalan Ketua Angkatan Pemuda PKR Bukit Gantang, Muhamad Faisal Zainal, generasi muda banyak menyokong PH tapi generasi lama akan hilang sokongan terus kerana pernah merasa keperitan berjuang suatu ketika dahulu.

“Kita tak benarkan Mahathir untuk guna logo parti untuk PRU-14.

“Kita bagi masa 6 hari untuk parti bincang buat kali terakhir dan sekiranya parti tak dengar cakap kita, kita akan buat tindakan yang akan diumumkan kemudian,” kata beliau.

Selain itu, Mahathir turut dicabar untuk bertanding sebagai calon bebas seperti Datuk Dr Ibrahim Ali atau Tan Sri Shahrir Samad sebelum ini.

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,