Melayu Sibuk Suci DAP - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Sunday, April 22, 2018

Melayu Sibuk Suci DAP

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Dr Kamarul Zaman Yusoff menyatakan bahawa DAP kini giat berusaha menghapuskan persepsi orang ramai yang berpandangan DAP bersifat anti Melayu dan anti Islam agar dapat menarik undi Melayu Islam pada PRU 14.

Usaha tersebut turut melibatkan aktres Melayu Popular, Wardina Safiyyah.

“DAP sebagai modal nak takutkan orang Islam?

“Sudah-sudahlah main sentimen agama. Orang sekarang dah bijak banyak,” ujar Wardina.

Dr Kamarul menegaskan bahawa apa yang diberitahu oleh bekas aktres popular, Wardina adalah bagi membersihkan imej DAP yang anti Melayu dan anti Islam merupakan sekadar pada ucapan semata-mata dan bukannya pada perbuatan berbentuk tindakan.

Konvensyen Pakatan Harapan pada 12 November 2016, Timbalan Ketua Wanita Amanah, Aiman Athirah Al Jundi telah mendesak Pakatan Harapan agar menyediakan dokumen agenda Melayu Islam bagi mengatasi masalah kebimbangan pengundi Melayu Islam pada PRU 14.

Manakala Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah menyatakan pihak mereka perlu meyakinkan pengundi Melayu Islam sejak 19 Januari 2016 lagi.

Begitu juga dengan penegasan sama Presiden Amanah, Mohamad Sabu, sendiri di dalam Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia anjuran DAP pada 7 Februari 2017 agar berusaha untuk membina keyakinan orang Melayu.

“Begitupun, di sebalik desakan Aiman, di sebalik janji Datuk Saifuddin dan di sebalik keluhan Mohamad, agenda baru Melayu Islam dan Naratif Melayu tidak juga kunjung tiba.

“Ditambah pula dengan pelbagai kenyataan dan tindakan pemimpin DAP selepas itu yang semakin melemahkan keyakinan orang Melayu Islam terhadap Pakatan Harapan.

“Tidak hairanlah bila Januari lalu kajian Wan Saiful Wan Jan yang diterbitkan oleh ISEAS mendapati 71% masyarakat Melayu Johor berpendapat DAP anti Melayu dan anti Islam,” tegas beliau.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Melayu Sibuk Suci DAP Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)