Wednesday, April 18, 2018

MPS sita dan roboh 3 premis warga asing

Musang Maya (Nur Shila)     5:47:00 PM    

SHAH ALAM, 18 APR: Tiga premis warga asing dikenakan tindakan sita dan roboh oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam operasi bersepadu warga asing yang dijalankan di Jalan Maxwell, Pekan Lama Rawang semalam.

Pegawai Perhubungan Awam MPS, Ahmad Fauzi Ishak berkata, operasi melibatkan seramai 44 kakitangan daripada Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Perlesenan, Jabatan Kejuruteraan, polis dan Jabatan Imigresen Selangor.

Katanya, kerja perobohan melibatkan gerai makanan dikendalikan warga Bangladesh, kedai buah milik warga Indonesia dan kedai runcit dikelolakan warga Myanmar.
“Tindakan perobohan dibuat ke atas struktur atap kerana premis menghalang laluan dan sebanyak 18 unit kerusi dan enam unit meja dirampas.
“Kedai makan yang beroperasi turut tidak mempunyai lesen perniagaan dan dikelola warga asing,” katanya kepada Selangor Kini
Katanya lagi, penjual buah warga Indonesia turut didapati beroperasi menggunakan lesen penjaja tempatan dikenakan tindakan sitaan lesen
“Kita menjalankan penguatkuasaan dibawah seksyen 46 (1) Seksyen 46(1) D Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
“Jabatan Imigresen turut menangkap tiga orang warga asing atas kesalahan permit lebih tempoh,” katanya.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .