Muhyiddin pertahan kerusi Parlimen Pagoh, tanding DUN Gambir - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Friday, April 20, 2018

Muhyiddin pertahan kerusi Parlimen Pagoh, tanding DUN Gambir

MUAR, 20 Apr: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin sah mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh serta turut bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir pada pilihan raya umum ke-14.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu program Jelajah Harapan di Pagoh, malam tadi.

Menurut beliau, calon PBBM bakal bertanding di 10 kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN di Johor.

Antara calonnya ialah Setiausaha PPBM Datuk Osman Sapian yang akan bertanding di DUN Kempas manakala calon bagi kerusi Parlimen termasuk Datuk Dr Shahrudin Mat Salleh (Sri Gading), Dr Mazlee Malek (Simpang Renggam) dan Karmaine Sardini (Pontian).

PPBM telah dibubarkan sementara oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan akan bertanding atas tiket PKR.—Bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Muhyiddin pertahan kerusi Parlimen Pagoh, tanding DUN Gambir Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman