Orang ramai gagal selamatkan tiga beradik terperangkap - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Tuesday, April 17, 2018

Orang ramai gagal selamatkan tiga beradik terperangkap

Tiga beradik berumur tiga hingga lima tahun ditemui rentung, apabila rumah mereka di rumah kongsi THS Collecting Centre, Kilometer 20 Jalan Semporna di Kampung Pegagau, dekat sini, musnah dalam kebakaran malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.40 malam itu, ketiga-tiga mangsa dipercayai terperangkap dalam rumah terbabit dan tidak sempat diselamatkan berikutan api marak terlalu pantas.

Ketiga-tiga mangsa yang rentung ialah pasangan kembar, Harmasius Roman @ Abdullah dan Fonsalina, masing-masing berusia lima tahun serta adik lelaki mereka, Amsalinus, 4.

Temui mangsa di bilik tidur

Semua mangsa ditemui rentung di dalam sebuah bilik tidur di rumah berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Hizam Borhan, berkata bomba berusaha memadamkan kebakaran dan cuba menyelamatkan mangsa tetapi gagal.

Sementara itu, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ari, 28, berkata penduduk tidak sempat menyelamatkan tiga beradik itu kerana api marak dengan cepat.

Beliau adalah antara penduduk yang berusaha membantu menyelamatkan tiga beradik terperangkap dalam kebakaran itu.

Ari berkata, ketika kejadian dia berada di rumahnya sebelum ternampak api bermula di ruang tamu hadapan rumah mangsa dan kemudian merebak ke bahagian bilik serta dapur.

“Saya dengar jeritan mereka meminta tolong. Orang ramai juga cuba selamatkan tiga beradik itu, namun tidak dapat berbuat apaapa kerana api semakin marak. Jeritan suara kemudian lenyap perlahan-lahan,” katanya.

Ari berkata, tidak lama selepas itu, ibu mangsa tiba di rumah dan cuba meredah api demi menyelamatkan tiga anaknya, namun dihalang penduduk kampung.

Ibu cuba panggil mangsa

“Ibu mangsa beberapa kali pengsan dan meraung memanggil nama anak-anaknya, namun tiada jawapan. Haiwan peliharaan keluarga itu, termasuk beberapa ekor ayam kampung dan kucing turut rentung,” katanya.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Donjuan Inaman, 50, terkejut dengan kejadian yang meragut nyawa tiga anak saudaranya itu sekelip mata, namun reda dengan apa yang berlaku.

“Kali terakhir berjumpa anak saudara kembar ketika saya mengambil mereka pulang dari Tadika KEMAS Kampung Mentertip, pada Khamis lalu.

“Mereka sangat rapat dengan saya dan suka bergurau. Memang menjadi kebiasaan saya menghantar dan mengambil mereka pulang dari tadika,” katanya.

Jenazah tiga beradik itu akan dikebumikan di Kampung Menteritip, sebaik proses bedah siasat selesai dijalankan.

Guru Tadika KEMAS Kampung Mentertip, Rozaida Karani, 24, pula berkata walaupun pasangan kembar itu agak pendiam dalam kelas, mereka kanak-kanak yang aktif.

“Kedua-duanya juga cepat belajar dan sudah kenal nombor serta huruf. Kejadian ini amat mengejutkan dan kami sangat bersedih,” katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Orang ramai gagal selamatkan tiga beradik terperangkap Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)