Wednesday, April 18, 2018

Pengembara buta jelajah 125 negara

Musang Maya (Nur Shila)     9:51:00 AM    

Buta dan pekak bukan halangan bagi seorang pengembara ‘backpacker’ Tony Giles, meneruskan usahanya menjelajah secara solo ke 125 negara di seluruh dunia. Anak muda berusia 39 tahun ini, hilang deria penglihatan ketika berusia 10 tahun, namun kekangan itu tidak mematahkan semangatnya meneruskan cabaran sebagai seorang yang cacat penglihatan.

Sejak memulakan pengembaraan pertama ke New Orleans pada 2000, Giles bagaimanapun terlebih dulu sudah menjejakkan kakinya ke setiap negeri di Amerika Syarikat. Pengembaraan terbaru beliau bertahan selama tujuh minggu. Beliau juga menunggang unta di Wadi Rum yang terletak di selatan Jordan sebelum melawat Petra, iaitu lokasi yang tersenarai dalam Tujuh Keajaiban Dunia

Berkongsi ceritanya di Dailymail.co.uk, Giles berkata, ketika mengembara ke New Orleans, beliau menyedari usaha itu tidak boleh dilakukannya secara sendirian. Dia sendiri tidak tahu hendak pergi ke mana tetapi setiap melangkah pastinya langkah itu memberikan kegembiraan kepadanya dan berhasrat untuk meneruskan misi pengembaraan ini.

Perjalanan ke Australia, New Zealand

“Selepas meluangkan masa sembilan hari di sana, saya yakin dapat meneruskan langkah dengan memulakan perjalanan ke Australia, New Zealand, Thailand dan Vietnam dalam tempoh lima bulan pada 2001,” katanya yang juga terpaksa menggunakan alat pendengaran digital untuk mendengar dengan jelas.

Mengimbas kembali detik ketika dia boleh melihat, Giles berkata, ingatan visual masih jelas dalam ingatannya apabila dia berpeluang menyaksikan matahari terbenam di depan rumahnya. Ia seperti bola yang cerah dan besar namun tenggelam dari kejauhan.

Giles juga selesa berjalan jauh dengan menaiki kereta api ke sekolah khas di Coventry Exhall Grange. Dia tidak membiarkan kecacatan yang dihadapinya menjadi penghalang untuknya bergelar graduan dalam bidang Kajian Amerika di Northampton University pada 2001.

Sejak itu juga, beliau terus melawat sebuah negara setiap tahun sejak lawatan pertama ke Afrika Selatan, Lesotho, Swaziland, Mozambique, Zimbabwe, Zambia dan Malawi pada 2004.

Pengembaraan beliau pada 2007 terus menuju ke Iceland dan Sri Lanka, sebelum meneruskan perjalanan ke Turki dan Greece, di mana dia bertemu pasangan hidupnya, Tatiana, wanita Yunani yang juga buta.

Tertanya-tanya sumber kewangan bagi menampung kos pengembaraan, Giles berkata, dia bertuah kerana masih menikmati kemudahan pencen swasta secara bulanan peninggalan bapanya yang meninggal dunia ketika beliau berusia 16 tahun.

Sebagai langkah berjimat, dia berbelanja secara berhemah.

Biarpun begitu, Giles tidak mengamalkan perbelanjaan mewah sebaliknya menginap di hotel bajet serta menggunakan pengangkutan awam pada kos paling rendah. Bagi perjalanan jarak dekat pula, beliau menunggang keldai seperti yang dilakukannya ketika berada di utara Senegal.

Bukan mudah insan sepertinya mengembara dalam keadaan serba kekurangan, beliau juga berdepan detik cemas ketika menjelajah ibu kota Mali, ketika berlakunya rampasan kuasa tentera selain pengalaman pernah ditangkap ketika merentas sempadan Ethiopia. Ketika itu dia ditahan sebelum dibebaskan semula keesokan pagi dan dibenar meneruskan perjalanan ke Addis Ababa.

Melintasi Jambatan Allenby ke Israel dan tinggal di Jerusalem, juga meninggalkan kenangan yang sungguh berharga.

Pada Mac 2012, Giles melintasi sempadan Senegal, ketika itu berlakunya rampasan kuasa dengan menyaksikan Abdoulaye

Wade meletakkan jawatan sebagai presiden sebelum ke

Mali, turut berlaku insiden rampasan kuasa oleh tentera.

Ketika memasuki Mali, beliau menyedari tidak ada individu cuba menyogoknya di sempadan kerana tidak ada tanda beliau seorang pelancong. Tiga hari kemudian, saya balik ke rumah di United Kingdom dan menghabiskan masa bersama keluarga menyambut Krismas sebelum memutuskan untuk ke destinasi seterusnya. AGENSI

Selepas meluangkan masa sembilan hari di sana, saya yakin dapat meneruskan langkah dengan memulakan perjalanan ke Australia, New Zealand, Thailand dan Vietnam dalam tempoh lima bulan pada 2001

Tony Giles, Pengembara buta ‘backpacker’

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .