PH Tidak Mmapu Tadbir Negara - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Friday, April 20, 2018

PH Tidak Mmapu Tadbir Negara

PONTIAN, 19 Apr: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata tidak mungkin pakatan pembangkang mampu mentadbir negara jika mereka sendiri tidak yakin antara satu sama lain.

Perdana Menteri berkata dengan keadaan pembangkang yang bermusuhan sejak sekian lama dan tidak mampu berbaik serta merta, maka, mereka diyakini tidak mampu mencapai persefahaman dalam mentadbir negara.

“Selepas 17 hari pengumuman manifesto dia, pemimpin 93 tahun itu dalam satu temu bual berkata tidak mungkin (manifesto) dia dapat dilaksanakan, tunaikan.

“Dia kata banyak ‘kawan-kawan’ baru dia ini sosialis, maknanya dia sudah tidak sehaluan. Dia sudah kata, dia cap (menganggap) puak-puak ini sosialis. Macam mana hendak tadbir negara kalau tidak yakin antara satu sama lain (serta) kalau sudah bermusuhan,” kata beliau ketika berucap pada majlis Muafakat Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Kukup di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai Datuk Md Othman Yusof dan Ketua MCA Tanjung Piai Datuk Seri Wee Jeck Seng.—Bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: PH Tidak Mmapu Tadbir Negara Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman