PRU-14 Haji Hadi Bertanding Satu Kerusi - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Wednesday, April 18, 2018

PRU-14 Haji Hadi Bertanding Satu Kerusi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya akan bertanding satu kerusi sahaja pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Abdul Hadi hanya akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang dan tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dalam sidang media di pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

“Untuk makluman presiden dan timbalan, termasuk saya akan bertanding di parlimen sahaja,” kata Takiyuddin.

Abdul Hadi sebelum ini memutuskan untuk bertanding satu kerusi sahaja pada PRU14 namun belum memuktamadkan sama ada DUN atau parlimen.

Beliau menyandang kerusi parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang menewaskan calon BN pada pilihan raya umum lalu.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: PRU-14 Haji Hadi Bertanding Satu Kerusi Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)