Sunday, April 22, 2018

PRU 14 : MIC umum senarai calon melalui ‘kenyataan media’

Musang Maya (Nur Shila)     8:33:00 PM    

KUALA LUMPUR, April 22: Di sebalik pelbagai kontroversi dan tekanan berhubung senarai calon MIC untuk pilihanraya umum ke – 14, Presidenya Datuk Seri Dr. S. Subramaniam mengumumkan senarai calon parti itu melalui satu kenyataan media lewat petang tadi.

Presidenya Dr S. Subramaniam dijadualkan berdepan dengan media bersama calon pada Selasa depan , 24 April dalam satu sessi sidang media khas.

Namun dalam senarai tersebut, untuk kerusi DUN Buntong tidak disenaraikan nama calon dan dikatakan akan diumumkan kemudian. Malah tindakan pengumuman calon melalui kenyataan media dikatakan satu pendekatan yang “luar biasa” yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

BERIKUT ADALAH KENYATAAN PENUH DR. SUBRA :

Saya dengan segala sukacitanya ingin mengumumkan senarai nama-nama
calon yang akan mewakili MIC untuk bertanding sebagai calon Barisan
Nasional pada PRU 14 pada 9 Mei 2018.

Mereka telah dipilih berdasarkan pelbagai faktor penting. Kami berharap
masyarakat setempat serta para pengundi akan memberikan calon-calon
yang terpilih ini sokongan padu demi kemajuan dan kemakmuran negara kita
yang tercinta.

Satu sidang media bersama semua calon MIC yang terpilih akan diadakan
pada 24 April 2018 pada pukul 3.00 petang di Bilik Mesyuarat Tingkat 1,
Bangunan Ibupejabat MIC, No: 1, Jalan Rahmat, Kuala Lumpur.

DR .SUBRAMANIAM – Presiden MIC

SENARAI CALON UNTUK KERUSI PARLIMEN

1. P.140 Segamat
Johor
Datuk Seri Dr. S. Subramaniam MBBS(NUS)
MRCP
Diploma in Dermatology
Presiden

2. P.078 Cameron
Highlands, Pahang
Dato C. Sivarraajh Masters in Political Science (UKM) Ketua Pemuda

3. P.072 Tapah,
Perak
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan Bachelor Business Administration Ahli Majlis Tertinggi
Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan

4. P.062
Sungai Siput
Perak
Dato’ Sri Devamany A/L S.Krishnasamy Pre-PhD in Development Management
(UUM)
Timbalan Presiden MIC

5. P.094 Hulu
Selangor, Selangor
Datuk P. Kamalanathan Sarjana Pentadbiran Awam (UUM) Ahli Majlis Tertinggi CWC

6. P.109
Kapar, Selangor
Dato Mohana Muniandy Master in Science
Mgmt Accounting & Financial Planning
(UUM)
Ketua Wanita

7. P.107
Sungai Buloh,
Selangor
Pakas Rao A/L Applanaidoo Sarjana Bahasa
Fakulti Pendidikan (UM)
Ketua Cawangan

8. P.111
Kota Raja,
Selangor
V. Gunalan A/L Velu Bachelor in Business Administration Ahli Majlis Tertinggi CWC
Ketua Bahagian MIC Sepang

9. P.132
Port Dickson,
Negeri Sembilan
Dato Mogan a/l Velayatham B. Ed (Hons), BBA, Dip. Ed Pegawai Penerangan MIC Pusat

SENARAI CALON UNTUK DUN

KEDAH

1. N.34 Lunas -Thuraisingam A/L K.S. Muthu Businessman Ketua Cawangan
2. N.25 Bukit Selambau – Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh B.Eng Hons (UM) Naib Presiden MIC

PENANG

3. N.09 Bagan Dalam -Dhinagaran a/l Jayabalan Diploma in Hotel Management Ahli Majlis Tertinggi CWC
4. N.16 Perai Suresh A/L Muniandy – Bachelor Electrical & Electronic Ketua Bahagian MIC Permatang Pauh, Penang

PERAK

5. N.57 Sungkai – Dato Elango A/L Vadiveloo Bachelor in Arts(UM)
Dip. Education
Ahli Majlis Tertinggi CWC
Pengerusi MIC Negeri Perak

6. N.30 Buntong – Belum diputuskan
7. N.31 Jelapang – Thankaraj A/L Krishnan Executive Master in Engineering Business
Management
Ahli Majlis Tertinggi CWC

NEGERI SEMBILAN

8. N.07 Jeram Padang – Dato Manikam A/L Letchuman Bachelor in Arts (UM) Ahli Majlis Tertinggi CWC Pengerusi MIC Negeri Sembilan
9. N.33 Sri Tanjung – Thinalan A/L Rajagopalu LLB(Hons) Timbalan Ketua Pemuda MIC Pusat

MELAKA

10. N.07 Gadek – Datuk Panirchelvam A/L
Pichamuthu
Senior Technician Setiausaha MIC Negeri Melaka
Ketua Bahagian MIC Kota Melaka

PAHANG

11. N.35 Sabai – Dato Goonasakaren A/L Raman Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(Kepujian) Ahli Majlis Tertinggi CWC
Pengerusi MIC Negeri Pahang

JOHOR

12. N.09 Gambir – Datuk M Asojan A/L Muniyandy Bachelor of Arts (Hons) Politics Ahli Majlis Tertinggi CWC dan Pengerusi
MIC Johor
13. N.33 Tenggaroh – Ravenkumar A/L Krishnasamy LLB (Hons) Ahli Majlis Tertinggi CWC
Setiausaha MIC Negeri Johor
14. N.31 Kahang – Dato Vidyananthan A/L
Ramanadhan
MBA (Mktg), LLB(Hons) Ketua Cawangan
15. N.48 Skudai – Datuk S.Kanan A/L G.Suppiah Bachelor Of Science In Electrical &
Electronics Engineering
Ahli Majlis Tertinggi CWC
Timbalan Pengerusi MIC Johor

SELANGOR

16. N.11 Ijok Parthiban A/L Karuppiah Master of Education(M.Ed) Ahli Majlis Tertinggi CWC
17. N.16 Sungai Tua – Datuk Rawisandran a/l Narayanan Advanced diploma Pengurusan harta dan Pentadbiran Perniagaan
Setiausaha MIC Negeri Selangor Ketua MIC Bahagian Serdang, Selangor
18. N.48 Sentosa – Dato’ Subramaniam T. Retnam Ahli Perniagaan Ahli Majlis Tertinggi CWC
Ketua Bahagian MIC Kotaraja, Selangor

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .