Thursday, April 19, 2018

PRU-14 Penyaksian, Kesetiaan Blogger Kepada Parti dan Pemimpin

Johari Seman     9:57:00 PM    

SPR dalam satu sidang media di Putrajaya menetapkan 28 April (Sabtu) sebagai hari penamaan calon, diikuti 9 Mei (Rabu) sebagai hari mengundi bagi PRU14.

20 hari lagi rakyat Malaysia akan menentukan parti mana akan membentuk kerajaan sama ada dengan majoriti mudah iaitu 112 atau dengan majoriti dua pertiga iaitu 148 kerusi parlimen.

Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama merupakan pakatan kuasa politik terbesar negara ini sejak puluhan tahun lalu berbanding pakatan parti pembangkang yang dibentuk namun tidak pernah kekal. Kini pakatan baharu di wujudkan dengan nama Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan pada awalnya terdiri dari empat parti DAP, PKR, Amanah dan PPBM, namun kini hanya tiga parti sahaja yang sah, manakala PPBM dibekukan 30 hari oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Dengan pembekuan PPBM, kini barisan Pakatan Harapan hanya ada tiga parti, DAP,PKR dan Amanah. Sebenarnya Pakatan Harapan juga wujud sebagai satu pakatan tidak berdaftar dan dengan sebab itu parti-parti dalam Pakatan Harapan bertanding pada PRU-14 dengan simbol/logo PKR.

Pada PRU-14 kali ini BN di tentang PKR bukanya Pakatan Harapan seperti yang diharap banyak pihak terutamanya para ahli parti musuh BN.

Fakta menunjukkan dengan jelas, bahawa PKR menentang BN berdasarkan logo yang digunakan calon-calon pembangkang (bukan PAS) diseluruh 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN ( tidak termasuk DUN Sarawak 82 kerusi kerana telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2017 )
Disini jelas sekali niat Tun Mahathir untuk menentang Datuk Seri Najib yang juga Pengerusi BN/Presiden UMNO dengan logo Pakatan Harapan gagal.

Pada peringkat awal perjuangan Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Sri Najib dari jawatan Perdana Menteri, atau dengan bahasa lembutnya untuk menurunkan Datuk Sri Najib dari jawatan Perdana Menteri.

Isu popular digunakan ketika itu berkaitan derma RM2.6 bilion, isu 2.6 bilion bertambah panas setelah Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir di pecat dari Umno atas sebab pelanggaran disiplin.

Ketika hangat isu 2.6 bilion, Datuk Seri Najib seolah-olah bersendirian menangani serangan terhadap beliau. Kata orang desa, termenung jugalah Datuk Seri Najib.

Ketika bermacam-macam isu ciptaan dan serangan datang kepada batang tubuh Datuk Sri Najib, pemuda Umno seolah-olah buat pekak badak, seperti tidak mahu pertahankan presiden parti orang Melayu.

Difahamkan, Pemuda Umno ketika itu masih pening antara sedar dan mamai, namun, mujur ada para menteri dan timbalan menteri mempertahankan Datuk Sri Najib. Manakala Ketua Umno Bahagian tak ramai yang bersuara.

Berbulan para menteri dan timbalan menteri berperang, puas berpeluh basah barulah ketua Pemuda UMNO bersuara.

Para blogger yang mencintai bendera Umno boleh dinobat sebagai tentera setia mempertahankan Datuk Sri Najib, Bagi blogger mempertahankan Datuk Seri Najib samalah mempertahankan Presiden Parti.

Adakalanya sebahagian blogger turut terkilaf kerana terpengaruh dengan rakan yang kurang faham erti perjuangan, sedangkan pembangkang manusia yang dijatuhkan hukuman penjara kerana meliwat mereka sanggup mempertahankan, sanggup berhujan dan berpanasan.

Dengan serangan Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya itulah blogger mula diangkat sebagai tentera alam maya penting untuk mempertahankan dari segala dakyah pembangkang.

Ringkasnya, pada PRU-12 blogger dilihat juga penting, namun sebahagian tulisan blogger sahaja diberi perhatian(blogger yang dikenali) manakala blogger jalanan yang entah siapa mereka, walaupun tidak tidur malam mempertahankan parti cintaan Melayu terbesar kurang dipedulikan segala tulisan/artikelnya.

Pada PRU-12 juga kesedaran berita dialam maya semakin berkembang dikalangan ahli Umno-BN dan pembangkang, blog berasaskan blogspot dan wordpress mula muncul bagaikan cendawan dan pada ketika itu pro BN dan pembangkang masing-masing cuba mengungguli dunia maya. Namun pembangkang lebih rajin update berita.

PRU-13 blogger Umno telah mendahului pembangkang hingga kini dan menjelang PRU-14 blogger tetap setia mempertahankan BN.

Ada blogger mengakui pada penulis,' beliau hanya tatap wajah Perdana Menteri di 'muka' TV, tak pernah bersalam, tak pernah hadiri majlis yang dihadiri Perdana Menteri sementara Datuk Sri Najib, namun begitu beliau tetap berjuang di alam maya(Media Sosial).

Pilihan Raya Umum Ke-14 menyaksikan pertandingan di 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN tidak termasuk 82 DUN Sarawak yang telah mengadakan Pilihan Raya Negeri pada 2017 .

Jumlah pengundi berdaftar 14,968,304 juta , untuk mendapat majoriti mudah, parti bertanding perlu menang di 112 kerusi Parlimen, bagi memperolehi majoriti dua pertiga perlu menang 148 kerusi Parlimen.

Pasti sekali belogger adalah antara yang sibuk update berita, sama ada di portal/blog, facebook, twitter dan tidak perlu hairan sama sekali jika ditempat ceramah mana-mana parti politik dimusim pilihan raya akan dipenuhi dengan blogger, buktinya boleh dilihat apabila banyak perakam video di hala kearah penceramah.

Setiap kali Tun Mahathir atau sesiapa sahaja buat kenyataan berkaitan isu-isu yang mengelirukan, ada sahaja para blogger akan jawab dengan cara fakta atau dengan cara menyidir dan begitu juga di pihak pembangkang.

PRU-14, juara serangan maya nampaknya di ungguli BN berbanding Pakatan Harapan dan PAS, kemanakah blogger pembangkang yang hebat-hebat dahulu, apakah mereka kecewa dengan apa terjadi pada dalaman Pakatan Harapan.

Bukan tak ada blogger pembangkang,' ada ramai bukan tak ramai..., mungkin kurang rajin update berita menjadi satu sebab, atau tunggu ada pulus baru aktif.

Datuk Sri Najib diyakini akan dipilih rakyat sekali lagi untuk menduduki kerusi Perdana Menteri selepas keputusan PRU-14 diumumkan kerana beliau terbukti ditakuti Tun Mahathir.

Sekiranya benar bagai di kata,' Tun Mahathir bertanding dimana-mana pun boleh menang, kenapa pula beliau tidak berani umumkan dirinya akan bertanding di Pekan tempat Datuk Sri Najib?.

Sebenarnya, bukan Sahaja PRU-14 ibu segala pilihan raya, sebaliknya PRU-14 adalah penyaksian kesetian blogger kepada parti dan pemimpin.- Penulis sambilan di Selangor Post

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .