Puchong lokasi strategik hartanah - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Wednesday, April 18, 2018

Puchong lokasi strategik hartanah

Puchong terletak dalam lingkungan metropolitan Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang dikatakan wujud sekurang-kurangnya lebih 100 tahun dahulu.

Sekitar 1980-an, ekonomi di kawasan berkenaan bergantung kepada industri perlombongan (bijih timah dan pasir) dan getah.

Selari dengan pembangunan negara serta pertumbuhan ekonomi, Puchong kini dilihat antara kawasan yang matang dan mengalami pembangunan pesat dalam pelbagai sektor termasuk hartanah.

Pelbagai kemudahan yang turut dibangunkan di Puchong, seperti LRT, pusat beli-belah dan jaringan lebuh raya lengkap turut menjadikan kawasan itu antara kawasan yang menjadi tumpuan kepada pemaju hartanah bagi membina projek kediaman serta komersial.

Sejajar dengan kematangan kawasan, ia juga membantu meningkatkan permintaan hartanah di Puchong.

Malah, menerusi laporan yang dikeluarkan portal hartanah,

menjangkakan beberapa pemaju terbesar akan terbabit dalam perkembangan masa depan Puchong antaranya, Glomac Bhd; IOI Properties; Mah Sing Group; Millennium Land Sdn Bhd dan Kumpulan Masteron.

Ini sekali gus menjadikan Puchong akan sentiasa menarik pembeli baharu dan pelabur ke Pusat Bandar Puchong, serta kawasan sekitarnya termasuk Bandar Puteri, Puchong Jaya, Taman Perindustrian Puchong, Puchong Perdana dan Puchong Prima.

Rangkaian pengangkutan

Pusat Bandar Puchong contohnya, menjadi sebuah bandar yang berkembang pesat di Lembah Klang kerana kedudukannya yang berhampiran dengan pusat bandar dan rangkaian pengangkutannya yang baik. Menurut hartabumi. com, sebanyak lapan stesen berada di kawasan ini bermula dari Alam Sutera ke Puchong Prima.

Lokasinya yang berdekatan di antara Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Serdang dan Putrajaya dijangka menjadi pusat perniagaan yang melengkapi Kuala Lumpur.

Justeru, tidak menghairankan jika sebarang pembangunan baharu di kawasan itu akan menjadi tarikan kepada anakanak muda berkerjaya kerana ia mampu didiami; mempunyai pelbagai pilihan dan pada masa sama sedang berkembang pesat.

Selain itu, kemudahan pengangkutan juga menjadi faktor tarikan di Puchong yang mana pusat bandarnya dihubungkan oleh perkhidmatan bas ke Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Putrajaya.

Kemudahan yang disediakan pengendali pengangkutan, Rapidkl dan Nadi Putra itu juga turut melalui kawasan perumahan yang meningkatkan kemudahan akses kepada penghuninya.

Selain itu, turut terdapat perkhidmatan bas percuma Smart Selangor yang menghubungkan Puchong ke Bandar Sunway dan Subang Jaya.

Daripada aspek jaringan lebuh raya, penduduk di Puchong dihubungkan dengan Lebuh Raya Damansara-puchong (LDP) yang memudahkan perjalanan ke Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Kinrara, Bukit Jalil, Sri Petaling, Cheras, Serdang dan Putrajaya.

Pembinaan lebuhraya

Selain itu, terdapat juga cadangan pembinaan Lebuh Raya SerdangKinrara-putrajaya (SKIP) sepanjang 17.5 kilometer bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di sepanjang LDP pada waktu puncak.

Pada masa sama, kewujudan pusat beli-belah IOI dan Setia Walk serta pasar raya besar seperti Giant dan Tesco juga telah menjadikan Puchong sebuah perbandaran yang lengkap.

Kawasan kejiranan dengan stesen LRT seperti Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong, Bandar Puteri, Puchong Perdana dan Puchong Prima juga sudah tentu akan mendapat perhatian lebih daripada biasa.

Kebolehsambungan yang dipertingkatkan itu akan memberikan kesan positif bagi pasaran hartanah Puchong kerana kebanyakan stesen LRT berkenaan terletak di tengah-tengah pembangunan kawasan kediaman dan komersial, contohnya Puchong Finance Corporate Centre (PFCC), Hotel Four Points oleh Sheraton Puchong dan Hotel Mtree.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Puchong lokasi strategik hartanah Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)