Sivarraajh: ‘Saya bukan ahli MyPPP’ - SELANGOR POST

UTAMA

VIDEO

POLITIK

HIBURAN

BERITA SEMASA

PENA PENGARANG

JENAYAH

SUKAN

» » » Sivarraajh: ‘Saya bukan ahli MyPPP’

KUALA LUMPUR, 18 Apr: Ketua Pemuda MIC Datuk C.Sivarraajh hari ini menafikan dakwaan Presiden MyPPP Tan Sri M.Kayveas bahawa beliau masih menjadi ahli partinya yang disertai pada tahun 2004.

Dalam kenyataannya semalam Kayveas berkata Ketua Pemuda MIC itu telah menyertai MyPPP pada 21 Jun 2004 di cawangan Brickfields Utama dengan nombor keahlian 333981.

Sambil menegaskan beliau tidak pernah memohon keahlian MyPPP, Sivarraajh meminta mereka yang ada rekod keahlian beliau itu untuk tampil menunjukkan kepadanya.

“Kerana saya boleh hantar surat untuk keluar dari MyPPP.

“Saya tidak tahu di mana mereka (MyPPP) mendapat nombor keahlian itu, jika ada orang sengaja memasukkan (nama) saya menjadi ahli MyPPP, itu bukan masalah saya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat MIC di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan penglibatan politik pertamanya adalah dengan MIC pada tahun 2004.

Namun, Sivarraajh berkata beliau tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kayveas kerana MyPPP dan MIC merupakan parti komponen Barisan Nasional.

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,