Wednesday, April 18, 2018

UTC Bakal Wujud di Teluk Intan

Musang Maya (Nur Shila)     1:55:00 PM    

TELUK INTAN, 18 Apr: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang melakukan lawatan rasmi ke Perak hari ini, mengumumkan penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan pembinaan 500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Teluk Intan.

“UTC di Teluk Intan insya-Allah akan dibuat, ia memang program inisiatif kerajaan yang sangat popular kerana hampir 70 juta pengunjung telah gunakan UTC setakat ini. Cerah UTC bukan macam terowong Pulau Pinang yang tidak nampak hujung terowong,” katanya.

Berucap pada majlis perasmian pecah tanah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di sini, beliau berkata projek itu membabitkan pembinaan 500 unit rumah yang akan dibangunkan menerusi dua fasa.

“Projek PPR saya nak umum cari tapak buat dua fasa, fasa pertama (bina) 250 unit dan fasa kedua 250 unit, jadi 500 unit. Saya serah kepada kerajaan negeri dan ahli parlimen untuk fikir tapak yang sesuai,” katanya.

Selain itu, Najib berkata kerajaan juga akan memberi peruntukan untuk memasang lampu limpah di Stadium Mini Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kandi di Selabak di sini.–Bernama

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .