Friday, May 25, 2018

KDN umum Masyati dilantik ketua pengarah RoS

Johari Seman     3:23:00 PM    

PUTRAJAYA, 25 Mei — Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan pelantikan Masyati Abang Ibrahim sebagai ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang baharu berkuat kuasa 23 Mei lepas.

Ketua setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata Masyati menggantikan Surayati Ibrahim yang telah bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 22 Mei lalu.

Masyati merupakan perunding kanan di Bahagian Transformasi Sektor Awam JPA sebelum dilantik ke jawatan itu dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan, katanya.— Bernama

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .