Sunday, May 27, 2018

Musa sambut baik SPRM geledah, sedia kerjasama

Johari Seman     1:47:00 PM    

KOTA KINABALU, 27 Mei ― Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan agensi itu.

Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh peguam (Musa), Zahir Shah semalam, Musa berkata beliau mengalu-alukan SPRM untuk menggeledah kediamannya.

Pada Rabu, media melaporkan bahawa pegawai SPRM membuat serbuan ke kediaman Musa tetapi gagal memasuki kediamamnya kerana tiada seorang pun berada di rumah. ― Bernama

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .