Saturday, May 26, 2018

RON95, RON97 dan Diesel Bila Nak Turun Harga?

Johari Seman     3:17:00 AM    

Sebelum Wan Azizah isteri kepada Anwar Ibrahim yang baharu dibebaskan dari penjara dipilih rakyat tak berapa cerdik untuk duduk di kerusi sebelah Madey, Wan Azizah mempertikaikan pengekalan harga petrol dan diesel selama 5 minggu berturut-turut sama ada disebabkan PRU14, sedangkan harga minyak Brent berada di paras paling tinggi sejak November2014.

Itu cerita sebelum Pakatan Harapan memerintah, apabila memerintah Mahathir lebih sibuk dengan berkaitan 1MDB.

Wan Azizah pula bukan sahaja terlupa bawa kipas lipas malah terlupa untuk membangkitkan harga minyak sama ada diturunkan harga atau sebaliknya.

Lebih tujuh hari Pakatan memerintah negara ini, namun ikan kembung belum lagi mampu di turunkan harga, nampaknya rakyat Malaysia terus makan daging ayam sampai bila-bila, kerana ikan kembung hanya sajian orang kaya raya seperti Mahathir dan anak-anaknya.

Rasanya rakyat Malaysia sudah mula rasa tertipu dengan kempen PH sebelum pilihan raya.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .